22September2019

Perkasa SPRM: Hanipa tak setuju dengan Nurul Izzah...

Satu bantal tapi mimpi lain-lain... cadangan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar agar agensi penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) diberikan kuasa untuk melakukan pendakwaan berpotensi besar mewujudkan konflik kepentingan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, ini kerana SPRM seperti mana pasukan polis adalah agensi penyiasatan dan kerja utama mereka ialah untuk menyiasat bukan mendakwa.

“Bagi saya cadangan itu walaupun mungkin baik dari suatu sudut, tapi ia berpotensi besar mewujudkan konflik kepentingan.

“Bila agensi penyiasatan diberi juga kuasa untuk mendakwa dengan hormat ia bukan suatu amalan yang baik atau amalan yang universal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nurul Izzah pada Isnin meminta Peguam Negara, Tommy Thomas untuk memberi penjelasan terhadap keputusan menggugurkan pendakwaan terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon.

Selain itu, Nurul Izzah juga berpendapat agensi seperti SPRM perlu diberikan kuasa untuk melakukan pendakwaan.-4/9/2018 *gambarfail

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 553  tetamu dalam talian