16November2019

Agenda Daily

Pemilihan PKR: Rafizi yakin beri Azmin saingan sengit di Johor

Selepas dua minggu pemilihan PKR di Pulau Pinang, satu minggu berhenti dan minggu ini di Johor calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yakin beliau memberi saingan sengit kepada penyandang Datuk Seri Azmin Ali.

Menjadikan keputusan pemilihan parti itu di Pulau Pinang sebagai contoh, Rafizi berkata ia satu perkembangan yang amat baik.

Rafizi  hanya ketinggalan dalam 100 undi sahaja kepada pesaingnya Azmin.

“Itu sebenarnya keputusan sangat baik untuk saya. Pengerusi Pulau Pinang adalah Datuk Mansor Othman yang rapat dengan saudara Azmin. Jadi saya ingat, beliau menjangkakan keputusan yang jauh lebih besar.

“Mereka tidak menjangka begitu sengit... 50-50. Saya hanya ketinggalan dalam 100 undi sahaja dan itu satu keputusan yang melegakan serta baik di Pulau Pinang,” katanya.

Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan berkata, beliau berharap rentak dan corak terbabit akan turut berlaku pada pemilihan di negeri lain termasuk di Johor, esok.

“Saya berharap akan dapat corak yang sama di negeri lain. Saya rasa di Johor ini, sengit itu sengit tetapi saya ingat kami ada sedikit kelebihan di Johor.

“Ini kerana, Johor adalah negeri yang selalu saya turun (melawat) yang kebanyakan ketua cabangnya juga rapat dengan kami,” katanya.-30/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 274  tetamu dalam talian