20Julai2019

PAS terbuka berkerjasama... termasuk dengan MCA

PAS sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak, termasuk MCA, demi untuk kebaikan rakyat dan negara, itu kata Setiausaha Agung parti itu Datuk Takiyuddin Hassan.

Menurutnya, walaupun MCA seolah-olah menafikan kerjasama dengan PAS semasa PRK Balakong baru-baru ini, mereka perlu sedar PAS bukan sahaja bekerjasama dengan UMNO atas dasar solidariti pembangkang, tapi juga dengan MIC dan beberapa parti serta individu lain lagi.

"MCA perlu bertindak dengan politik terbuka dan matang dan bukannya mengancam atau menyalahkan pihak lain atas kegagalan keputusan pilihan raya parti itu,"kata Ahli Parlimen Kota Bharu itu dalam satu kenyataan media.

Jelas Takiyuddin, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai membuat kenyataan yang "tidak realistik" dengan mengancam bubar BN atau menendang keluar UMNO daripada gabungan itu kerana UMNO menjalin kerjasama dengan PAS.

"Dengan penuh hormat, bagi saya kenyataan presiden MCA bukan sahaja tidak realistik malah berupa takut kepada bayang-bayang sendiri.

"Jangan kerana bimbang kehilangan sokongan orang Cina kepada DAP,

MCA beralih kepada PAS yang kononnya tidak mempertimbangkan realiti masyarakat majmuk di Malaysia dan tidak mementingkan keharmonian kaum di negara ini," kata Takiyuddin.

Anggota parlimen Kota Bharu itu mengulas amaran Liow semalam bahawa MCA boleh menyingkirkan UMNO keluar BN jika ia bergerak ke arah politik teokrasi.

Liow berkata MCA tidak setuju dengan sebarang hubungan rasmi UMNO-PAS melainkan kerjasama dalam isu tertentu.-24/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 271  tetamu dalam talian