20Ogos2019

Menteri 'berkorban' bersama pengikut Syiah di Selatan Thai...?

Seorang menteri didakwa terlibat dalam majlis korban yang dianjurkan oleh penganut Syiah di Thailand baru-baru ini.

Menteri itu, yang tidak disebut namanya, mengakui menyertai majlis ibadah itu namun tidak menyebut soal anutannya, lapor Malaysiakini.

Isu itu dibangkitkan oleh laman web Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan juga pensyarah hadis Rozaimi Ramle di laman Facebooknya semalam.

Persatuan itu mendakwa menteri berkenaan melaksanakan korban di masjid di Phatthalung, yang didakwa menjadi markas Syiah di selatan Thailand.

Sementara Rozaime mengingatkan menteri kanan itu “berhati-hati” dengan alasan “kitab-kitab Syiah menimbulkan persepsi kurang baik”.

“Saya diberikan dengan gambar [menteri] ini. Saya tidak tahu adakah ia gambar tulen atau gambar edit,” katanya, ahli Majlis Fatwa Perlis.-27/8/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 266  tetamu dalam talian