16November2019

Agenda Daily

Mahathir akui tidak pernah minta maaf kepada Anwar

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa beliau tidak pernah memohon maaf terhadap bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dipecat dan ditahan atas kesalahan kelakuan tidak berakhlak dan liwat pada 1998.

"Saya tidak ucapkan kepada dia tentang itu, tapi orang lain meletakkan kata-kata dalam mulut saya kerana mereka mahu saya memohon maaf.

"Tapi, saya tidak pernah memohon maaf secara rasmi terhadapnya," kata Dr Mahathir ketika program temu bual HARDtalk bersama BBC.

Dr Mahathir memberi reaksi kepada hos Zeinab Badawi yang berkata, Anwar sebagai presiden pilihan PKR dalam satu temu bual bersama BBC pada Jun mendakwa perdana menteri itu mengakui telah melakukan kesilapan dan mahu melakukan perubahan.

"Itu pendapat beliau," kata Dr Mahathir. Anwar didapati bersalah kerana kesalahan korupsi dan liwat pada 1999 serta dipenjarakan, tetapi hukumannya di dibatalkan pada 2004.

Dr Mahathir berkata, beliau kesal apabila Anwar terpaksa dipenjarakan, namun beliau tidak harus dipersalahkan kerana hukuman itu ditentukan oleh mahkamah.

Perdana menteri itu juga mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak terbabit dalam memasukkan Anwar ke penjara.-3/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 792  tetamu dalam talian