14Disember2019

Agenda Daily

Kerusi Ahli Majlis PBT Selangor: PAN minta 34, dapat lapan...

Parti Amanah Nasional (PAN) yang diibaratkan 'reban kosong' kerana mempunyai ramai pemimpin tapi tak ada pengikut diberikan lapan kerusi ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Lapan kerusi tersebut jauh kurang daripada 'nasfu besar' PAN yang mahu diberikan 34 kerusi iaitu dua bagi setiap PBT.

Bagaimanapun, Exco DAP Selangor yang jaga hal ehwal PBT Ean Yong Hian Wah berkata PAN hanya diberikan lapan kerusi di Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Keptusan itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali dalam mesyuarat exco hari ini.

Ean Yong Hian Wah bagaimanapun enggan mendedahkan parti mana yang telah memberikan tempat kerusi mereka kepada PAN.

"Saya tidak fikir ia adalah penting (kerusi siapa) kerana ia diperuntukkan oleh kerajaan negeri," katanya.

Lapan kerusi tersebut diperuntukkan bagi tempoh dua tahun yang bermula pada 15 Januari 2016 dan berakhir pada 31 Disember 2017.-6/1/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 398  tetamu dalam talian