25September2020

Agenda Daily

Kastam nafi kereta tak kena cukai SST...

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menjelaskan bahawa kenderaan penumpang sememangnya dicadang dikenakan cukai jualan tetapi terdapat pihak yang telah salah tafsir senarai yang dimuat naik dalam laman web jabatan itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri T Subromaniam berkata barang yang dikecualikan daripada cukai jualan dalam senarai tersebut hanya merujuk kepada komponen yang terurai (CKD) bagi pemasangan kenderaan penumpang sahaja.

"Apabila kenderaan siap dipasang daripada komponen CKD yang diimport tadi, kenderaan yang telah siap tersebut adalah tertakluk kepada cukai jualan," katanya dalam kenyataan.

JKDM telah memuat naik cadangan barangan yang dikecualikan daripada cukai jualan hari ini.

Barangan ini dirujuk kepada kod tarif yang dicadangkan untuk dikecualikan daripada cukai jualan semasa pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018.

Susulan daripada senarai yang dimuat naik itu, berita berkaitan kenderaan penumpang bermotor tidak dikenakan cukai jualan telah tersebar luas.

"Dengan penjelasan ini, JKDM berharap isu ini selesai dan tidak mengelirukan rakyat dan pengguna," kata Subromaniam.-20/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 356  tetamu dalam talian