07Ogos2020

Agenda Daily

Jangan pecah-pecahkan fungsi Mara

Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak sepatutnya dibahagikan antara kementerian, kata bekas menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri yang juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah berkata, perpecahan fungsi Mara akan memusnahkan institusi dan agenda untuk memperkuat bumiputera.

"Mara adalah badan berkanun di bawah undang-undang, dan memecahkannya bermakna anda akan melanggar undang-undang.

"Lebih daripada 1.2 juta pelajar ditambah sejuta usahawan sudah memperolehi manfaat daripada program Mara.

"Semua ini tidak dapat dilakukan jika Mara bukan entiti tunggal," katanya di Parlimen.

“MARA tidak boleh dipecahkan kerana ia bukan saja merencat rancangan pembangunan pendidikan dan keusahawanan Melayu serta Bumiputera, tetapi Seksyen 3(1) Akta MARA menetapkan penubuhannya berkekalan di bawah satu menteri, tidak boleh ada pelbagai kementerian menjaga MARA.

“Mengikut Seksyen 6(1), MARA bertanggungjawab membangunkan usahawan dan pendidikan orang Melayu.

“Menerusi MARA, kita melahirkan satu juta usahawan dan 1.2 juta pelajar Melayu dan Bumiputera.

“Mengikut Seksyen 36, MARA hendaklah disifatkan sebagai orang Melayu, makamemecahkan MARA bermakna meracik-racik tubuh orang Melayu.

“Saya harap MARA dikekalkan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar,” katanya.

MARA ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai badan berkanun hasil resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada 1965.

Ismail Sabri mengulas mengenai rancangan kerajaan untuk merombak aktiviti utama Mara menerusi konsep "pengasingan dan penyerapan" di bawah beberapa kementerian, termasuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, dan Kementerian Pembangunan Usahawan.

Beberapa pemimpin UMNO, termasuk presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, meminta Mara untuk kekal seperti itu.-31/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 354  tetamu dalam talian