21September2020

Agenda Daily

Hutang negara: Dr Mahathir kelirukan Dewan Rakyat - Khairy

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa mengelirukan Dewan Rakyat apabila menyatakan peratusan hutang negara paling tinggi daripada Keluaran Negara Kasar (KDNK) antara 1982 hingga 2003 ialah 27 peratus.

Khairy Jamaluddin berkata mengikut rekod kewangan negara, kadar peratusan hutang negara daripada KDNK tertinggi dicatat ialah 103 peratus pada 1986.

Katanya, kenyataan Perdana Menteri itu boleh mengelirukan Dewan Rakyat.

"Beliau (Perdana Menteri) juga menyatakan pada zaman pentadbirannya sebagai Perdana Menteri tidak pernah mendengar hutang hingga angka trilion.

"Pada zaman itu, saiz ekonomi negara atau pencapaian KDNK hanya mencecah RM400 bilion sedangkan kini kita mencapai angka RM1 trilion," katanya membahas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat,Rabu.

Khairy turut terkejut dengan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengenai hutang negara yang kononnya menjadi liabiliti terbesar negara.

Katanya, isu hutang perlu dijelaskan dan kerajaan terdahulu tidak boleh dipersalahkan untuk dijadikan alasan memungkiri janji.

"Saya terkejut bagaimana kiraan hutang negara tidak mengikut piawaian antarabangsa dengan melonggokkan semua jaminan kerajaan dan menyenaraikan bayaran sewa kerajaan untuk pembangunan sebagai hutang kerajaan," katanya.

Khairy berkata, pengamatannya mendapati asas utama kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah janji boleh dimungkiri dan tidak perlu dilaksanakan.

"Kita tidak boleh membenarkan asas palsu ini dijadikan alasan kerajaan untuk tidak melaksanakan apa yang dijanjikan dan menyalahkan kerajaan terdahulu," katanya.-26/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 396  tetamu dalam talian