21Ogos2019

BN tidak berhasrat tambah beban kerajaan

Di sebalik cadangan supaya Barisan Nasional (BN) menggunakan kuasa majoritinya di Dewan Negara untuk menggagalkan usaha Pakatan Harapan (PH) melaksanakan SST mulai 1 September depan, perkara itu tidak berlaku.

Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebagai pembangkang yang bertanggungjawab, BN akan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.

“Jika sebarang ‘impasse’ atau kekangan berlaku, kerajaan akan mengalami masaalah parah akibat kutipan cukai tertangguh.

“Walaupun sesetengah berpendapat itu baik bagi memberi beban kepada PH yang sudah pun dihimpit ‘cashflow problem’ akibat daripada tindakan mereka sendiri mensifarkan GST, BN tidak berhasrat menambah bebanan kerajaan.

“Kita tiada masalah menyokong perkara baik untuk negara dan rakyat, walau usul dibawa oleh seteru kita seperti mana usul supaya PAC mendengar semula kes IMDB,” jelasnya dalam satu kenyataan media.

Tambah Annuar, BN akan terus berpegang pada kebenaran dan yakin dengannya.

Katanya, SST telah diakui oleh kerajaan sebagai sistem percukaian tidak telus dan tidak efisen berbanding GST.

“Tapi kerajaan berkeras untuk undur ke sistem lama yang telah ditinggalkan oleh hampir semua negara di dunia.

“Pelaksanaannya akan kembali menyebabkan harga naik, cukai mudah diseleweng, syarikat lari cukai, dan pengguna tidak mendapat menikmati hasil percukaian sebanyak yang dikumpul hasil efisen GST.

“BN telah merekodkan penentangan kita di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Namun kita tidak gunakan kelebihan suara di Dewan Negara hingga menghalang kerajaan mencuba sesuatu yang menjadi manifesto mereka,” tegasnya.

Kata Annuar lagi, blok pembangkang mahu semua janji kerajaan PH ditunaikan dan biarlah rakyat sendiri menilai akhirnya.

Beliau juga berpendirian bahawa pelaksanaan SST oleh pihak kerajaan hari ini tidak akan menurunkan harga barang, tidak seperti yang mereka janjikan.

“Rakyat akan dikenakan cukai. ‘Black economy’ akan mengasari sistem yang lemah. Akhirnya rakyat yang rugi. Cukai lain pula akan ditambah!

“Dalam hal ini, Ahli Dewan Negara dari BN diberi kebebasan menggunakan kebijaksanaan mereka,” ujarnya.-21/8/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 299  tetamu dalam talian