12November2019

Agenda Daily

Baru Bian mahu siasatan segara SPRM terhadap pegawainya

Menteri Kerja Raya Baru Bian mahu siasatan rapi dilakukan segera sekiranya laporan terhadap setiausaha politiknya berhubung dakwaan salah guna kuasa, berasas.

Beliau berkata tindakan itu perlu kerana ia membabitkan nama baik kementerian berkenaan.

“Bagi saya kalau benar seperti yang dilaporkan, saya sama sekali tidak akan bertolak ansur. Tindakan undang-undang mesti diambil,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan Ahmad Syukri Che Ab Razab semalam membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa seorang setiausaha politik di sebuah kementerian.

Ahmad Syukri mendakwa individu terbabit menawarkan kontrak bernilai RM20,000 dan peruntukan RM300,000 dalam satu mesyuarat dengan pemimpin tempatan pada 1 September lalu di mana individu berkenaan bertanding untuk jawatan ketua cabang serta merebut jawatan dalam kepimpinan pusat.

Baru berkata beliau baharu sahaja pulang dari lawatan rasmi di luar negara apabila dikejutkan dengan laporan Ahmad Syukri itu.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud individu berkuasa menawarkan kontrak bagi mendapat sokongan dalam pemilihan parti itu.

Anwar menegaskan beliau sama sekali tidak berkompromi dengan pemimpin yang menggunakan taktik kotor untuk menang jawatan.-26/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 276  tetamu dalam talian