12November2019

Agenda Daily

Tiga senario selepas laksana SST

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan akan berlaku tiga senario apabila Cukai Jualan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan bermula pada 1 Sept ini.

Menterinya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga situasi yang bakal berlaku adalah kenaikan harga barang, harga barang kekal dan penurunan harga barang.

“Tiga senario itu tidak melibatkan 22 harga barangan kawalan sedia dan ia dijangka akan memberi kesan kepada barangan lain yang tidak dikawal.

“Cukai sebanyak 0 peratus, 6 peratus dan 10 peratus akan dikenakan di bawah SST kepada barangan tertentu,” katanya.

Saifuddin berkata keutamaan kementeriannya adalah memberi tumpuan kepada barangan kawalan seperti minyak masak, gula dan tepung agar ia mencukupi dan tidak berlaku perubahan harga.

Sementara itu Saifuddin berkata penyertaan anggota PAKAT sebagai Rakan KPDNHEP (Friends Of KPDNHEP) akan membantu pihaknya dalam usaha memantau harga barangan yang dijual di pasaran.

Beliau berkata setakat ini seramai 80,000 orang telah mendaftar sebagai Rakan KPDHEP di seluruh Malaysia dan penambahan 15,000 anggota PAKAT adalah satu usaha yang disambut baik oleh pihak kementerian.-21/8/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 245  tetamu dalam talian