24September2020

Agenda Daily

Semua sumber petroleum Malaysia milik Petronas

Syarikat minyak dan gas nasional, Petronas menegaskan ia mempunyai pemilikan eksklusif terhadap sumber petroleum di Malaysia dan merupakan pengawal selia tunggal bagi sektor huluan di negara ini.

Syarikat tersebut dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pengumuman itu dibuat sebagai responsnya terhadap kenyataan berkaitan industri minyak dan gas yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 1 Julai, 2018.

Dilaporkan bahawa kerajaan negeri itu berhasrat untuk menjalankan kuasanya mengikut undang-undang negeri berkaitan aktiviti minyak dan gas di Sarawak, termasuk Ordinan Pengedaran Gas 2016, yang berkuat kuasa 1 Julai, 2018.

"Peraturan di bawah ordinan berkaitan pelesenan telah diluluskan kerajaan negeri dan proses pelaksanaannya akan bermula serta-merta," demikian menurut kenyataan Pejabat Ketua Menteri Sarawak itu.

Pada masa hadapan, Petronas berkata, dalam melaksanakan tanggungjawabnya, ia akan memantau dengan rapat isu tersebut termasuk mendapatkan pandangan dan bimbingan daripada kerajaan yang merupakan pemegang saham tunggal syarikat itu.-3/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 372  tetamu dalam talian