21Oktober2019

Pemuda UMNO cabar menteri agama perjelas bukti

Saya berulang kali mendengar kenyataan menerusi video oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dimana beliau memperkatakan tentang dakwah yang disampaikan oleh pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik( DZN) tidak sesuai di Malaysia dan seolah-olah menghina agama lain.

Terlebih dulu, Mujahid perlu datangkan bukti terhadap dakwaannya sebelum ini sebab jika tiada ia adalah *Satu Fitnah*.

Setakat yang kita dengar ceramah atau kuliyyah yg disampaikan oleh DZN, tidak ada satu ayat pun yang pernah dikeluarkan oleh beliau mempertikaikan mengenai agama lain apatah lagi menghinanya.

Banyak pengisian yang disampaikan dalam program ceramah beliau, DZN hanya memperbetulkan pandangan dan persepsi orang bukan Islam terhadap Agama Islam.

Bahkan, dalam ceramah DZN, bila ada bukan Islam yang hadir, beliau meraikan dan akan memberikan laluan kepada orang bukan Islam itu untuk bertanyakan soalan terlebih dahulu berbanding hadirin yang lain.

Adakalanya, sesetengah perkara ini terutama yang bersangkutan dengan agama, memang  memerlukan ruang perdebatan, bagi memberi penilaian yang kemudiannya disusuli dengan hujah. Islam itu sendiri berdiri di atas hujah dan dalil yg sohih, bukannya berpaksi kepada satu dakwaan kosong. Inilah Islam.

Apa yang disampaikan oleh DZN adalah sebahagian daripada proses penjelasan dan perdebatan  yang baik dan bersandarkan Al-quran dan As-sunnah.

Kaedah perdebatan seperti ini yang menyentuh berkenaan topik perbandingan agama, telah diadakan di kebanyakan univerisiti termasuk di Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sendiri. Ini satu perbincangan secara ilmiah dan bukan menghina fahaman dan agama lain.

Kami mendesak Dr Muhahid perbetulkan dakwaan ini sebab ia akan menimbulkan polimik dan kekeliruan kepada bukan Islam dan terhadap agam Islam.

Kita juga amat bimbang ia akan menimbulkan gambaran yang buruk dan fitnah kepada Islam. Perhalusilah setiap kenyataan dan janganlah membuat sesuatu kenyataan yang merugikan Islam dan mana-mana agama di negara kita ini.

Sayangilah kedamaian yang kita kecapi lebih 60 tahun ini dan semoga ianya kekal selamanya...inshaaAllah.

SAYED AMIR MUZAKKIR
EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA
27 SEPTEMBER 2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 256  tetamu dalam talian