03Ogos2020

Agenda Daily

Payah Lokman Adam nak menang PRK Sungai Kandis...

Benarkah ungkapan ini ? Apakah kenyataan ini menggambarkan satu situasi seakan akan UMNO sudah morally defeated sebelum berlangsungnya proses pembuangan undi pada 4hb Ogos nanti...?

Kalau kita masih ingat pada awal dahulu di dalam kalangan pimpinan UMNO sendiri pun samada diperingkat tertinggi mahu pun diperingkat akar umbi mereka berbelah bagi untuk masuk bertanding PRK DUN Sg Kandis. Ramai yg berpendapat UMNO tak perlulah buang masa dan dana sebaliknya tumpu kepada gerak kerja memperbaiki kekuatan parti setelah kalah teruk pada PRU 14.

Namun semangat perjuangan telah berjaya ditiupkan oleh Tok Mat Hassan Timbalan Presiden UMNO. Beliau mahu UMNO terus berjuang dan lawan kerana yang menentukan kemenangan ini adalah kehendak Allah swt. Inilah peluang terbaik buat UMNO menyemak semula sokongan rakyat setelah parti keramat ini berwajah baru.

Setelah dibuat pengumuman rasmi oleh UMNO dan menamakan calonnya Lokman Adam masih ada lagi "berbunyi nada rendah diri" daripada ramai ahli-ahli dan pimpinan UMNO menyebut "... kalau dapat reduce majority pun dah kira menanglah UMNO...". Mengikut catatan rasmi SPR, bilangan majoriti undi PRU 14 DUN Sg Kandis memanglah besar setelah calon UMNO tewas dengan jumlah 12,480 undi.

Benarlah kata Lokman Adam setiap kali beliau berucap bertemu pengundi sejak seminggu lalu, matlamat untuk BN menang PRK N49 DUN Sg Kandis ini adalah sesuatu yg dianggap 'Mission Impossible'. Tetapi ianya bukanlah sesuatu yg mustahil untuk berlaku... Jentera UMNO perlu kerja kuat. Buat kerja cara nak menang....!

Iya buatlah kerja cara nak menang. Sekarang ini senjata utama adalah smart phone dan media sosial. Jentera UMNO harus bijak untuk out reached semua pengundi pengundi di DUN Sg Kandis. Sampaikanlah sebanyak info buat pengundi..  Merayulah terus kepada mereka untuk undi calon UMNO. Itu wajib ! Kalau nak menanglah.

Cara memujuk rakyat khususnya pengundi DUN Sg Kandis harus bijak dan tertib. Jentera UMNO mestilah merayu undi sebaik mungkin untuk pengundi DUN Sg Kandis memberikan undi kepada Lokman Adam sebagai tambahan suara rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Berbekalkan banyak isu isu nasional dengan kegagalan kerajaan PH menunaikan janji manifesto, pengundi DUN Sg Kandis boleh memberikan isyarat jelas kepada seluruh negara bahawa suara rakyat perlu didengar dan wakil rakyat seperti Lokman Adam akan mempastikan ada check and balance agar kerajaan PH tidak menipu rakyat !

Pasti ramai dikalangan pengundi DUN Sg Kandis telah sedar kerajaan PH gagal menunaikan janji dalam isu penurunan harga petrol, penghapusan PTPTN, indeks saham menjunam, penyusutan nilai matawang Ringgit, isu UEC serta kenaikan harga barang semakin melampau...!

Maka dengan itu kemenangan buat Lokman sebenarnya merupakan satu referundum dari rakyat kepada kerajaan PH (Pakatan Hancing) supaya jangan cuba kencing rakyat...!

Sebagai bonus buat calon UMNO-BN, parti PAS secara terbuka telah pun membuat kenyataan rasmi mereka. Salah seorang pimpinan tertinggi PAS mahu ahli ahlinya jangan mengundi calon PKR sebaliknya menyeru ahli ahli PAS memberikan undi kepada Lokman Adam.

Namun sekiranya diambil kira jumlah undi yang diperolehi oleh calon PAS pada PRU 14 sebanyak 7,573 masih ada kekurangan sekitar 4,000 undi diperlukan untuk Lokman Adam menewaskan calon PKR.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk jentera UMNO bekerja mencari undi, dan merayu undi bagi mempastikan Lokman Adam dinobatkan sebagai ADUN Sg Kandis yg baru.

Kalau ditanya kepada jentera yg bekerja apakah mampu UMNO dan BN menang...?

Belum ada mana mana dikalangan mereka yg benar benar konfiden menjawab "in sya allah kita boleh menang.."  

Semoga dengan pertolongan Allah swt dapat membuka hati pengundi pengundi Sg Kandis melihat kegagalan dan penipuan kerajaan PH dan memberikan kemenangan buat calon BN, Lokman Adam. Of course we want the real victory bukan reduced majority yang dianggap kemenangan buat UMNO.-31/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 370  tetamu dalam talian