24September2020

Agenda Daily

PAS gesa ADUN dan MP lompat parti letak jawatan

Wakil rakyat yang ingin lompat parti digesa meletakkan jawatan Adun atau Ahli Parlimen terlebih dahulu agar pengundi memberi mandat baru kepada sesiapa yang layak.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, isu Adun dan Ahli Parlimen lompat parti selepas PRU14 adalah satu amalan yang tidak sihat dan mencemarkan semangat demokrasi sedangkan wakil rakyat dipilih berdasarkan parti yang diwakili serta kelayakan dimiliki calon.

Menurutnya, apabila Adun atau MP (Ahli Parlimen) melompat, rakyat merasakan mereka mengkhianati amanah yg diberi.

"Demokrasi juga akan dianggap sebagai satu gurauan dan mainan bukan suatu perkara yang serius.

“Wakil rakyat tidak akan dihormati bahkan dijadikan objek cercaan. Di Malaysia pula tiada satu peraturan cegah lompat parti bagi calon yang menang dalam pilihan raya,” katanya.

Katanya, PAS dari awal perkenalkan sistem bai’ah kepada calon bagi tujuan memperkukuhkan roh demokrasi selain juga adalah tuntutan agama.

“Saya yakin kalau gejala ini tidak dibendung, ditakdirkan apabila BN menang semula membentuk kerajaan, kita akan saksikan wakil rakyat Pakatan Harapan pula lompat parti.

“Hari ini kalau kita jijik dengan isu rampasan harta bekas Perdana Menteri, sama juga jijiknya dengan wakil rakyat yang lompat parti kerana harta dan kedudukan,” katanya.-28/6/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 407  tetamu dalam talian