11November2019

Agenda Daily

Najib cabar tubuh RCI... Mahathir berani ke...?

Ini bukan cabaran kecik anak. Datuk Seri Najib Razak cabar Kerajaan PH supaya tubuh segera Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) terhadap empat isu besar yang Tun Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng dakwa wujud penyelewengan.

Empat isu itu ialah kehilangan RM18 bilion wang GST, mencuri RM16 bilion kutipan cukai LHDN yang tidak dipulangkan, pembatalan ECRL dan pembatalan TSGP (pemasangan pipeline gas di Sabah).

Lim Guan Eng menggunakan imuniti Parlimen untuk membuat tuduhan kononnya RM18 bilion wang GST hilang. Dia juga mendakwa RM16 bilion wang hasil cukai LHDN yang terlebih bayar hilang dan tidak dipulangkan kepada pembayar cukai. Tetapi Guan Eng pengecut kerana langsung tidak membuat laporan polis, SPRM atau mengambil tindakan mahkamah.

Tun M pula membuat berbagai tuduhan kenapa projek ECRL dibatalkan. Konon harganya mahal, kadar faedah pinjaman adalah tinggi, berlaku rasuah kerana Kerajaan BN minta komisyen 30%, tidak ada exit klausa dalam perjanjian dan projek ini tidak berfaedah kepada rakyat.

Selama 22 tahun pemerintahan autokratiknya Tun M tidak pernah meminta RCI ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan terhadapnya. Beliau dituduh mengamalkan nepotisme, kekayaan luar biasa anaknya, bailout syarikat kroni dan perjanjian berat sebelah yang melibatkan syarikat kroninya. Contoh terbaik ialah perjanjian IPP. Perjanjian itu berat sebelah.

TNB dipaksa membeli tenaga walaupun tidak diguna daripada syarikat kroni Tun M seperti YTL. Tan Seri Ani Arope meletak jawatan kerana perjanjian gila itu. Dalam buku memoirnya TS Ani mendakwa “black out” seluruh negara tahun 1992 adalah disengajakan untuk membenarkan pembinaan Penjana Tenaga Bebas (IPP).

Sebaliknya DS Najib secara berani dan gentleman mencabar Tun M supaya tubuh RCI untuk menyiasat 4 dakwaan terhadapnya. Kenapa takut? Apa jadi  pada cadangan Lim Guan Eng supaya PAC buat siasatan kedua terhadap isu 1MDB. Bukankah elok PAC itu digantikan dengan RCI sahaja. Genapkan kepada 5 RCI.-28/8/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1261  tetamu dalam talian