17November2019

Agenda Daily

Mustapa perlu lepas jawatan MP Jeli dan ADUN Air Lanas

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan [ PPUNK ] terpanggil untuk segera memberi maklum balas berkenaan berita yang mengejutkan ahli UMNO serta para pemerhati politik seluruh negara, iaitu pengumuman Dato’ Sri Mustapa Mohamed [ Tok Pa ] keluar dari UMNO berkuatkuasa malam tadi, 18 September 2018.

2. Atas alasan apa sekalipun, tindakan Tok Pa keluar dari UMNO tanpa sebarang perbincangan adalah amat tidak masuk akal. PPUNK amat kesal dengan perkembangan ini, yang tidak seharusnya berlaku ke atas pemimpin yang imejnya dilihat sangat berintegriti tinggi.

3. PPUNK mendesak Tok Pa untuk turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Jeli dan ADUN Air Lanas yang beliau menangi menggunakan tiket BN pada PRU 14 yang lalu. Ini sepatutnya ‘pakej’ tindakan yang harus dibuat oleh Tok Pa. PPUNK tidak mahu dilihat emosional dengan desakan ini, sebaliknya kita mempertahankan hak pengundi di Parlimen Jeli & DUN Air Lanas yang mengundi beliau atas tiket Barisan Nasional.

4. PPUNK akan mengadakan siri jelajah ke seluruh pelusuk Negeri Kelantan bagi menjelaskan situasi semasa politik Negeri Kelantan kepada seluruh jentera akar umbi supaya ahli-ahli UMNO tidak hilang arah dan terus jelas dengan visi perjuangan UMNO.

5. Tindakan Tok Pa sememangnya mengejutkan kita semua, namun tidak sedikitpun menjejaskan semangat kami untuk terus memulihkan kepercayaan rakyat kepada UMNO dari dalam institusi, kerana bagi kami, tindakan meninggalkan parti di saat sebegini adalah merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab serta menonjolkan kelemahan jati diri sebagai seorang pemimpin.

Noor Hariri bin Mohamed Noor [ Noor Hariri MN ]
19 September 2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 303  tetamu dalam talian