14Ogos2020

Agenda Daily

MP tidak hormat Speakar yang dipilih sendiri...

Tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang bersikap angkuh dan tidak mahu menarik balik kata-katanya yang menyifatkan Pemuda UMNO sebagai ‘samseng’ ketika persidangan Dewan Rakyat siang tadi jelas menunjukkan bagaimana beliau langsung tidak menghormati institusi Parlimen dan kedudukan Speaker Dewan Rakyat yang dipilih oleh parti mereka sendiri.

Ini juga melambangkan mentaliti dan tahap kematangan Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan itu yang masih gagal membuang ‘DNA’ pembangkang dalam dirinya apabila masih memainkan sentimen melabel parti lawan dan sikap ‘memberontak’ yang ditunjukkan langsung tidak menggambarkan diri mereka sebagai sebuah kerajaan di dalam dewan yang mulia itu.

Sebagai Ahli Dewan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat dalam terma ‘Malaysia Baharu’ yang mereka sendiri ciptakan, ketinggian moral dan nilai adab sepatutnya menjadi keutamaan dalam perbahasan, sementelahan Parlimen adalah institusi yang penuh istiadat dan protokol, perjalanannya mestilah sentiasa disantuni dengan moral dan tatasusila yang tinggi.

Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat atas ketegasan beliau dalam mengendalikan dewan dengan penuh profesional dan mengambil tindakan terhadap YB Ramkarpal, ini penting bagi memastikan Ahli-ahli Dewan yang lain sentiasa menghormati persidangan yang sedang berlangsung.

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia menggesa YB Ramkarpal untuk menjadi seorang Ahli Parlimen yang bertanggungjawab dan berhati besar untuk memohon maaf atas tindakan yang menghina institusi mulia ini. Sekiranya beliau enggan berbuat demikian, adalah amat wajar untuk dikenakan tindakan tegas.

YB MOHD SHAHAR BIN ABDULLAH
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 352  tetamu dalam talian