11November2019

Agenda Daily

MP PKR Kapar bantah keputusan tamatkan BRIM

Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid membantah keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menamatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Beliau menyifatkan tindakan itu mengkhianati rakyat yang memilih kerajaan baru pada pilihan raya lalu.

“Kita tidak boleh khianat manifesto kerana ini adalah janji kita kepada rakyat,” kata ahli parlimen Kapar di Majlis Reformasi 20 Tahun Pulau Pinang malam tadi.

“Kalau nak mansuhkan juga, kos sara hidup seperti minyak dan sebagainya harus turun, baru seimbang.”

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu berkata jumlah pemberian BR1M, kini dinamakan Bantuan Sara Hidup, akan dikurangkan sebelum dihapuskan sepenuhnya.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam dilaporkan berkata BR1M perlu dihapuskan kerana mempunyai unsur rasuah.-27/8/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1257  tetamu dalam talian