21Oktober2019

MCA jangan terburu-buru...

Kepada Presiden MCA, saya sebagai Majlis Tertinggi UMNO merasakan kenyataan yang dibuat itu agak terburu-terburu di media mengenai bubar BN atau singkir UMNO, sebagai rakan komponen BN sudah pasti beliau tahu untuk gunakan saluran rasmi bagi menyuarakan pandangan mengenai isu yang dibangkitkan.

MCA diharap jangan terus membuat kenyataan tanpa mendapat penjelasan jelas tentang kerjasama antara UMNO dan PAS sebagai pembangkang.

UMNO konsisten berpegang pada prinsip Penubuhan parti UMNO dan prinsip Setiakawan BN.

Saya yakin isu ini boleh diselesaikan bila mesyuarat BN tidak lama lagi untuk diberikan penjelasan dan strategi hala tuju BN kearah PRU15

MCA harus letakkan kepentingan rakyat dihadapan dimana kita harus ada kerjasama semua parti untuk pembangkang yang kuat bagi menjadi check and balance pada Kerajaan Pakatan..

Ikhlas

Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah
Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
Ketua UMNO Bahagian Subang

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 235  tetamu dalam talian