20November2019

Agenda Daily

MB Perak berdepan desakan lulus pemilikan tanah 999 tahun

Ramai yang tidak tahu isu besar yang genting sekarang yang perlu difahami oleh tuan-tuan adalah gerakan kepimpinan DAP untuk mendesak YAB MB Perak untuk meluluskan semula hak pemilikan tanah 999 tahun kepada semua kampung baru di negeri Perak.

Untuk maklumat Gerakan ini diketuai oleh YB Aziz Bari dan turut mendapat sokongan daripada YB Nizar dimana kedua mereka ibarat kuda tunggangan DAP secara terbuka.

Saya dimaklumkan YAB MB Perak didesak oleh dua pemimpin PAKATAN berada di bawah tekanan yang amat dahsyat sejak mengangkat sumpah menerima amanah yang cukup besar sebagai MB Perak.

Mungkin ramai yang tidak sedar, ada antara kampung-kampung melayu sekarang yang dapat hak milikan 40 tahun, 60 tahun dan bukannya 99 tahun.

DAP mendesak nak buat benda ni sekarang sebab DAP tak boleh tunggu selepas PRU-15. Sebab DAP bimbang jika PAKATAN masih boleh berkuasa di Perak , disebabkan mereka tahu PAKATAN tidak akan dapat memenuhi janji PRU14 lepas.

Sebab itu DAP akan terus menekan YAB MB Perak , mereka akan tekan dan desak sehingga YAB MB Perak tunduk.Dalam keadaan ni, saya rasa YAB MB perak amat perlukan sokongan daripada kepimpinan UMNO untuk bersuara menentang agenda ini, kerana dalam hati beliau tahu PAKATAN akan berdiam diri dalam desakan oleh DAP.

Saya selaku pemimpin UMNO membantah sekeras-kerasnya desakan DAP dalam isu pemilikan tanah 999tahun. Saya rasakab perjuangan ini bukan hanya harus diperjuangkan oleh UMNO malah kepimpinan Bersatu, PAS, PAN ,PKR tapi seluruh orang Melayu Islam di Perak.

Harap2 pencerahan ini sedikit sebanyak dapat memberi pemahaman kepada tuan-tuan tentang isu yang genting dan penting.

Saya selaku pemimpin UMNO sanggup telan segala kutukan dan kritikan yang tidak adil dari pembenci, tetapi isu ini adalah isu orang Melayu dan saya rasakan YAB MB Perak perlukan sokongan orang Melayu tanpa mengira dari parti politik mana sekalipun..

Ayuh kita pertahankan isu ini bersama, ini bukan isu perkauman mahupun kebencian tetapi ini isu kepentingan masyarakat melayu di Perak, kerana saya yakin jika ianya diluluskan bukan hanya du Perak tetapi ianya akan bertiup diseluruh negara terutama negeri2 di dalam genggaman DAP.-13/8/2018

Penulis merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Bahagian Subang

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1468  tetamu dalam talian