24September2020

Agenda Daily

Mahathir umum Najib akan didakwa tidak lama lagi...

Tun Dr Mahatir Mohamad berkata bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.

Perdana Menteri berkata pihak berkuasa kini sedang menyiasat dan mengumpulkan bukti yang kukuh berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta kes berkaitan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006.

"Tak lama lagi saya fikir dia (Najib) akan di hadapkan ke mahkamah," katanya semasa mengadakan perjumpaan bersama warga Malaysia yang menetap di Jakarta sempena lawatan rasminya ke negara itu, Khamis.

Dr Mahathir berkata bagi kes Altantuya, satu perbicaraan semula kes itu juga akan diadakan.

"(Mengenai kes salah guna dana 1MDB) ada rakyat tanya tak ada tindakan pun (terhadap Najib) (malah) diberi layanan sebagai mantan Perdana Menteri.

"Untuk bawa kes ke mahkamah perlu ada bukti yang cukup supaya tidak gagal di mahkamah," katanya.-29/6/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 407  tetamu dalam talian