21Ogos2019

Mahathir perlu ambil tindakan undang-undang terhadap Shafee...

Agak pelik apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berani memberi respon walaupun sebaris ayat, 'saya tidak tahu' atau 'saya lupa' terhadap kenyataan Tan Sri Mohammad Shafee Abdullah. Tiada juga kenyataan untuk mengambil tindakan undang-undang untuk menyaman Shafee di atas pendedahan yang sangat memeranjatkan ini.

2. Kenyataan Shafee telah membuka pekung yang sangat busuk mengenai Mahathir, iaitu, membayangkan Mahathir adalah;
I.  individu yang suka mendesak orang lain dan campur tangan dalam urusan kerajaan
II.  pendendam yang mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan walaupun dia bukan PM lagi
III. pemeras ugut yang menentang Datuk Seri Najib Razak jika 6 pemintaannya ditolak
IV. pemimpin yang tidak membayar pemberi khidmat selepas mendapat khidmat mereka
VI. individu yang memandang rendah dan tidak percaya kepada penjawat awam, dalam kes ini Tan Sri Gani Patail, tetapi di kala lain mempergunakan mereka untuk mencapai kehendak peribadinya

3. Kenyataan Shafee mendedahkan bahawa Mahathir menentang Najib Razak bukan kerana wang yang kononnya dicuri daripada 1MDB atau untuk menyelamatkan Malaysia, tetapi kerana permintaan-permintaannya tidak dipenuhi. Salah satunya daripadanya adalah untuk memaksa pelantikan Shafee agar hasratnya untuk memastikan Anwar dipenjara tercapai.

4. Kenyataan Shafee juga mendedahkan bahawa Mahathir sanggup memperalatkan institusi dan agensi kerajaan walaupun dari luar dengan menekan Perdana Menteri ketika itu. Ada 5 lagi permintaan yang perlu Najib penuhi dan dibayangkan bahawa beliau diperas ugut untuk memenuhi permintaan-permintaan Mahathir ini.

5. Apakah jaminan bahawa institusi kerajaan seperti Pejabat Peguam Negara, Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan pelbagai institusi lain tidak dipergunakan untuk berkonspirasi menentang Najib sebelum PRU14 dari luar melalui kuasa ugutan ini?

6. Apakah jaminan bahawa setiap institusi ini tidak dipergunakan untuk memastikan Najib bersalah ataupun tidak akan dipergunakan untuk memastikan Anwar tidak menjadi PM pada masa akan datang memandangkan dia adalah PM hari ini?

7. Rakyat Malaysia melihat pendedahan Shafee ini sangat membimbangkan kerana dendam Mahathir mengatasi segala-galanya. Jika dari luar, Mahathir boleh memaksa kehendaknya dipenuhi untuk memenjarakan Anwar, apakah dia tidak boleh melakukan sesuatu yang lebih teruk lagi apabila dia memegang kuasa sebagai Perdana Menteri?

8. Jika semua pendedahan oleh Shafee ini tidak benar, Mahathir perlu segera menafikannya dan mengambil tindakan mahkamah ke atas Shafee.

TUN FAISAL ISMAIL AZIZ

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 313  tetamu dalam talian