30Mei2020

Agenda Daily

'Kepala bapak'... Rayer biadap dan memalukan Dewan Rakyat

Sebaik bermulanya Dewan Rakyat penggal ke-14, rakyat dapat melihat pelbagai gelagat wakil yang dipilih mereka ketika PRU14 yang lalu.

Aksi cabar-mencabar dengan kata-kata kurang enak dan kurang sopan selain kenyataan bersifat provokasi telah menjadi rutin perbahasan dalam Dewan Rakyat.

Sikap segelintir Ahli Parlimen PH mengganggu dan mencelah ucapan Ahli Parlimen pembangkang (BN) dengan mengaitkan isu-isu yang tidak berkaitan dan sentiasa melanggar peraturan mesyuarat dilihat amat memualkan.

Malah tidak keterlaluan saya katakan Ahli Parlimen PH bersikap tidak matang dan gagal untuk berperanan sebagai Kerajaan.

Sejak bermulanya usul perbahasan bagi menjunjung kasih titah Yang di Pertuan Agong, saya cukup tertarik melihat Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer. Bagi saya Rayer begitu komited mencelah di setiap ucapan Ahli Parlimen BN sehinggakan isu yang dibangkitkan tidak sampai disebabkan masa terbuang kerana gangguan yang dicipta oleh Rayer.

Dan semalam Dewan Rakyat kembali kecoh kerana  perkataan "kepala bapak" yang digunakan oleh Rayer sehinggakan Nga Kor Ming bertindak memberi amaran kepada Ahli Parlimen Jelutong.

Dari sikap kurang ajar dan biadap Rayer, adakah Ahli Parlimen Jelutong ini sedar dirinya bergelar Ahli Yang Berhormat. Adakah Rayer tahu lagak samseng yang ditunjukkan boleh menyebabkan rakyat hilang rasa hormat kepada wakil rakyat?

Rayer wajib tahu dirinya dipilih bagi membawa suara rakyat bukannya untuk menunjukkan kejantanan atau keberanian apatah lagi menghina pihak lain di dalam Dewan Rakyat.

Sekiranya Rayer benar-benar mahu menunjukkan kejantanan, saya sarankan Rayer melepaskan jawatan Ahli Parlimen Jelutong dan sertai perlawanan Ultimate Fighting Championship (UFC). Saya pasti ramai yang inginkan Rayer sebagai "sparring partner" mereka.

Dewan Rakyat adalah tempat untuk membawa isu dan permasalahan rakyat. Justeru, Ahli-Ahli Parlimen khususnya Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer diminta untuk menjaga adab sepanjang perbahasan kerana setiap perilaku serta ucapan di dalam Dewan Rakyat sedang dipertontonkan dan dinilai oleh rakyat.

Shahrul Nasrun Bin Kamaruddin
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
1 Ogos 2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 399  tetamu dalam talian