21Ogos2019

Kenyataan Jawatankuasa khas Malaysia mengenai krisis kemanusian

Sesi ke 39 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UN Human Rights Committee) yang bersidang pada 10 - 28 September 2018 di Geneva Switzerland antaranya membincangkan krisis yang melanda kaum  minoriti Muslim Rohingya di Myanmar.

2. Pada 28 Ogos 2018 sebuah laporan 440 muka dikemukakan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva.

3. Laporan ini disediakan oleh sebuah pasukan bebas antarabangsa misi mencari fakta di Myanmar yang diketuai oleh bekas Peguam Negara Indonesia, Marzuki Darusman.

4. Laporan ini menghuraikan secara terperinci pelanggaran hak asasi manusia secara melampau yang dilakukan oleh tentera Myanmar terutamanya terhadap kaum minoriti Muslim Rohingya.

5. Laporan itu menegaskan Ketua Turus Tentera Myanmar, General Min Aung Hlaing  dan beberapa orang jeneral mesti disiasat dan didakwa melakukan genosid, jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang di Wilayah Rakhine, Kachin dan Shan,

6. Laporan itu mencadangkan mereka didakwa di tribunal jenayah antarabangsa dengan menampilkan butiran mengenai rogol beramai-ramai, pembunuhan kanak-kanak dan pembunuhan dengan memaksa Rohingya menggali kubur mereka sendiri.

7. Apa yang merisaukan kita ialah laporan itu turut mempersoalkan kegagalan "masyarakat antarabangsa dalam melindungi penduduk awam daripada perlakuan kekejaman termasuk genosid yang dilakukan oleh Tentera Myammar dan pengganas Buddha . "

8. Laporan itu turut mengkritik pendekatan kepimpinan PBB di Myanmar yang gagal dalam "diplomasi yang tenang" ketika membangkitkan kebimbangan hak asasi manusia kepada kerajaan Myanmar dengan sekadar dengan menulis surat dan pertemuan yang tidak langsung memberikan sebarang  tekanan.

9. Dalam pada itu pada 20 September lalu Parlimen Kanada telah sebulat suara mengundi untuk mengisytiharkan bahawa tentera Myanmar telah bertanggungjawab melakukan genosid dan jenayah kemanusiaan terhadap kaum minoriti Rohingya di Myanmar.

10. Parlimen Kanada juga  menyeru agar Majlis Keselamatan PBB merujuk kes ini ke mahkamah jenayah antarabangsa (International Criminal Court), sekaligus membolehkan Jeneral-jeneral Myanmar yang terlibat untuk disiasat dan didakwa.

11. Kami mengucapkan syabas di atas keberanian dan keprihatinan Parlimen Kanada.

12. Justeru itu kami menyeru agar Parlimen Malaysia juga mengambil langkah yang sama. seperti mana yang diambil oleh Parlimen Kanada.

13. Seterusnya kami berharap ASEAN sebagai sebuah pertubuhan serantau yang mempunyai piagam hak asasi manusia juga mengambil tanggungjawab dengan menangani pelanggaran hak asasi yang paling besar yang disaksikan di Asia Tenggara sejak peristiwa hitam killing fields  yang berlaku di Kemboja.

14. Sidang media pada hari ini untuk memaklumkan tentang beberapa perkara iaitu:

15. Penubuhan sebuah badan yang dinamakan Jawatankuasa Khas Malaysia Mengenai Krisis  Kemanusiaan (Malaysia Special Committee on Humanitarian Crisis).

16. Mewujudkan suatu inisiatif untuk menyokong hasrat Pakatan Harapan untuk ‘Meratifikasikan Konvensyen Pelarian 1951’.

17. Memaklumkan penganjuran Makmal Kemanusiaan 2.0

18. Mewujudkan suatu mekanisme untuk membantu pelarian Rohingya di Malaysia khususnya dalam aspek kesihatan, pendidikan dan latihan vokasional serta pekerjaan.

Jawatankuasa Khas Malaysia Mengenai Krisis Kemanusiaan

19. Jawatankuasa ini akan dianggotai oleh kalangan individu yang terlibat secara langsung dalam isu kemanusiaan khususnya krisis yang melanda kaum Rohingya.

20. Jawatankuasa ini akan menjadi badan perunding dengan kerajaan Malaysia dalam isu Rohingya sama ada di dalam negara atau di peringkat serantau mahupun global.

21. Jawatankuasa ini juga akan menjadi badan yang akan membawa isu Rohingya di dalam ruanglingkup ASEAN.

22. Kesimpulannya, Jawatankuasa ini akan membantu Kerajaan Malaysia dalam mewujudkan dialog yang membina dalam menangani pelbagai isu yang berkaitan dengan isu Rohingya khususnya di Malaysia.

*Mewujudkan suatu inisiatif untuk menyokong hasrat Pakatan Harapan untuk ‘Meratifikasikan Konvensyen Pelarian 1951’.*

23. Dalam Menifesto Pakatan Harapan PRU14 ada dinyatakan janji untuk Meratifikasikan Konvensyen Pelarian 1951.

24. Justeru itu Jawatankuasa Khas ini akan mengemukakan satu memorandum kepada Kerajaan agar proses menunaikan janji meratifikasikan itu dapat dimobilisasikan dan Jawatankuasa Khas ini sedia mengambil tanggungjawab dalam merangka rangka kerjanya.

*Memaklumkan penganjuran ‘Makmal Kemanusiaan 2.0*

25. Suatu ‘Makmal Kemanusiaan 2.0’ akan dianjurkan sebagai kesinambungan kepada Makmal Kemanusiaan 1.0. Makmal ini akan dianjurkan oleh Mercy Malaysia dengan kerjasama Asean Rohingya Center (ARC)

26. Makmal Kemanusiaan 2.0 akan diadakan akan menampilan beberapa inisiatif konkrit dalam menangani isu Rohingya di Malaysia khususnya isu status dan dokumentasi, akses kepada pendidikan dan kesihatan juga aspek latihan vokasional dan pekerjaan.

Terima Kasih.

Pengarah Eksekutif
ASEAN Rohingya Center (ARC)
25.09.2018

Sekian.

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 285  tetamu dalam talian