15Ogos2020

Agenda Daily

Kenapa Richard beri nasihat kepada Shafie ? - Tun Hamid

Saya tidak akan berhujah sama ada menyokong atau menentang pelantikan Richard. Saya lebih suka menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan proses yang berikutnya.

Bagaimanapun, kepada mereka yang memuji melangit mengenai kesesuaian Richard, saya hanya ingin menarik perhatian mereka kepada satu laporan Malay Mail Online 12 Jun 2018. Tajuknya berbunyi: "Shafie mencabar Musa untuk mencabar kesahan jawatan KM Sabah ....".

Dilaporkan:?
"Shafie berkata bahawa beliau telah bercakap dengan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan beliau (Shafie) diyakinkan bahawa pelantikannya (sebagai Ketua Menteri Sabah) adalah sah mengikut Perlembagaan."

Mengapa Richard harus memberi nasihat undang-undang kepada Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengetahui bahawa perkara itu mungkin berakhir di Mahkamah Persekutuan, di mana beliau (Richard) ialah seorang hakim? Adakah beliau cuba mengambil hati parti sekutu Kerajaan PH dari Sabah??

Dengan peletakan jawatan Raus, masalah penyingkirannya selesai tanpa mahkamah perlu memutuskan isu itu. Kerajaan PH dan penyokongnya mendapat apa yang mereka kehendaki dan, mungkin, lebih apabila mereka berjaya meletakkan orang mereka di tempatnya.

Tetapi, ia mengingatkan kita kepada pengulangan semula episod Salleh dan apa yang dilakukan oleh Kerajaan BN diulang semula oleh Kerajaan PH. Lebih dari itu, apa yang mendukacitakan ialah, nampaknya, jawatan Ketua Hakim Negara pun telah dipolitikkan.?


https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/06/439271/jawatan-ketua-hakim-negara-dipolitikkan

Penulis merupakan bekas Ketua Hakim Negara

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 391  tetamu dalam talian