07Ogos2020

Agenda Daily

Hentikan segera jawatan 'political reward'...

Umum mengetahui  Malaysia baru sudah wujud lebih dua bulan dengan pelbagai karenah dan kontroversi berlaku.

Terbaru,meletakan bukan bumiputera sebagai Timbalan Menteri Luar Bandar dan dilihat beliau hadir ke IbuPejabat Mara semalam mengundang keluh kesah rakyat hari ini.

UMNO tidak berniat untuk menakut-takutkan orang Melayu dengan memainkan isu sebegini, akan tetapi orang Melayu dan Islam wajar merasa takut dengan keadaan hari ini yang dilihat masih belum stabil.

Kelemahan parti yang ditunjangi Perdana Menteri telah menjurus kepada tindakan melantik mereka yang tidak layak di kerusi dan jawatan yang sepatutnya demi menyelamatkan kedudukan parti berkenaan.

Lantikan bersifat "Political Reward" ini boleh merosakan dan akan memberi suasana yang tidak sihat didalam negara.

Daripada Perlantikan Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan, Peguam Negara, Ketua Hakim Negara dan Menteri Undang-undang ianya memperlihatkan hanyalah semata-mata menguatkan pengaruh dan sokongan parti lain kepada parti yang ditunjangi oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Pemuda UMNO Kota Raja mengesa YAB Perdana Menteri untuk menghentikan tindakan melulu melalui balasan politik yang tidak setara dan wajar pada tempatnya.

20 Julai 2018
Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 415  tetamu dalam talian