21Oktober2019

Harapan milenial terhadap UMNO

Pada 28 hingga 30 September akan berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO yang merupakan perhimpunan pertama parti tersebut setelah tewas semasa Pilihanraya Umum ke-14 pada bulan Mei lalu.

Perhimpunan Agung UMNO kali ini merupakan perhimpunan terpenting dalam membangunkan semula parti induk Orang Melayu tersebut. Dalam perhimpunan ini juga akan menyaksikan sama ada UMNO masih berada dalam takuk politik lama atau UMNO kian berani menembusi era politik baharu.

Sebilangan besar para milenial khususnya Melayu masih sayang akan wadah perjuangan UMNO yang sentiasa mengangkat serta memperjuangkan kaum tersebut sejak sebelum kemerdekaan lagi. Selama enam dekad mengemudi negara dengan gagah, namun parti tersebut terpaksa menurunkan sauhnya untuk berehat atas pilihan rakyat Malaysia sendiri.

UMNO perlu diubati dari luar dan dalam untuk terus maju dalam gelanggang Pilihanraya Umum yang akan datang.

Hari ini, para milenial yang masih menyayangi UMNO mahukan UMNO berubah 200%  dari keadaan sebelumnya. Pihak kepimpinan Tertinggi UMNO perlu mengambil inisiatif untuk merestorasikan UMNO secara total.

Hala tuju UMNO dalam tempoh masa lima tahun pertama pasca kekalahan ini haruslah jelas dan signifikan dengan peredaran masa. UMNO tidak boleh menjadi pembangkang seperti pembangkang yang lepas.

UMNO perlu kekal dan relevan menjadi wadah perjuangan orang Melayu yang masih berada dalam kelas pemikiran yang ketiga.

Selain itu, sekiranya UMNO mahu terus gagah melangkah ke dimensi politik baharu, UMNO perlulah bersiap siaga dengan menyediakan jentera yang moden.

Milenial merupakan salah satu jentera moden yang perlu UMNO gilap dalam tempoh masa lima tahun pertama ini. Jika pada PRU ke 12 dan 13 kaum merupakan “swingvoters” utama sebagai punca kemerosotan undi kepada Barisan Nasional, namun pada PRU ke-14, golongan mileniallah yang merupakan golongan paling besar menyumbang undi kepada Pakatan Harapan lantas menguburkan  Barisan Nasional sebagai parti pemerintah.

Natijahnya, UMNO perlulah bangkit sebagai parti oposisi yang berkaliber dan perjuangan UMNO perlulah ikhlas demi menjaga bangsa agama dan negara. UMNO mestilah bangkit meskipun ramai pemimpin berkaliber terus meninggalkan parti tersebut.

Percayalah setiap yang pergi itu aka ada penggantinya dan adakalanya pengganti tersebut lebih baik berbanding yang telah meninggalkan perjuangan ini.

Daeng Abdullah
Persatuan Pemikir Muda Johor

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 251  tetamu dalam talian