14November2019

Agenda Daily

Hala tuju akhir perdagangan sawit Malaysia

Pada 11 November 2018Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir telah mengeluarkan kenyataan hangat berkaitan hala tuju perladangan kelapa sawit Malaysia. Jika diamati dengan teliti, kenyataan Perdana  Menteri bukanlah merujuk kepada penutupan semua lading-ladang kelapa sawit di seluruh tanah air.

Saranan yang telah dikemukakan oleh  Perdana Menteri adalah supaya tiada lagi penanaman kelapa sawit selepas ini dan ladang sedia ada diselia dengan baik demi meraih kualiti minyak sawit yang bermutu.

Namun yang demikian, kenyataan untuk menghentikan perladangan kelapa sawit telah memberi tamparan hebat bagi sektor tersebut. Ini kerana Malaysia merupakan  salah sebuah negara pengeluar minyak sawit terbesar didunia.
 
Tindakan ini juga  bakal menyemarakkan lagi kempen   Kesatuan Eropah yang sedang sedaya upaya menyekat perdagangan minyak sawit di negara serantau  tersebut menjelang tahun 2021.

Umum sedia mengetahui bahawa keadaan nilai harga minyak sawit kini berada pada paras yang merisaukan setelah gagal mendapat kepercayaan dari negara China sebagai salah sebuah negara pengimport besar minyak sawit Malaysia era kerajaan sebelum ini.
 
Berkemungkinan besar disebabkan kenyataan yang telah diumumkan oleh PerdanaMenteri berkenaan perdagangan minyak sawit bakal menimbulkan persepsi yang lebih negatif khususnya dalam kalangan pelabur asing serta negara pengimport yang lain.
 
Oleh kerana itulah harga sawit Malaysia selepas ini jatuh mendadak ke paras  lebih parah. Kesan yang ketara dapat dirasai oleh syarikat-syarikat perladangan kelapa sawit, Peneroka FELDA serta para pekebun kecil yang bergantung hidup dengan hasil sawit.

Sepatutnya sebagai kerajaan yang prihatin, YAB Perdana Menteri tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang tidak jelas dan akhirnya meninggalkan persepsi yang negatif terhadap perdagangan kelapa sawit negara.

Kerajaan juga perlu peka bahawa terdapat lebih 3.2 juta rakyat Malaysia yang merupakan pekebun kecil, keluarga dan anak mereka serta masyarakat luar bandar bergantung kepada sektor perladangan kelapa sawit  sebagai punca pendapatan mereka.
 
Selain itu, kerajaan juga perlu peka dengan nasib 105,000 orang Peneroka FELDA yang selama ini  merupakan tulang belakang kepada pembangunan serta penyumbang kepada pendapatan negara Malaysia.

Sekiranya perdagangan minyak kelapa sawit gagal selepas ini, kerajaan perlulah bertanggungjawab ke atas semua Peneroka FELDA dan pekebun kecil.

Kerajaan juga perlu menyediakan pelan komprehensif untuk menggantikan perdagangan sebelum ini kepada sesuatu yang dapat mendatangkan hasil yang lumayan serta mengambil proses tuaian yang ringkas seperti penghasilan kelapa sawit.-17/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1226  tetamu dalam talian