03Ogos2020

Agenda Daily

Dari Balik Pulau ke Bukit Bintang...

Hari ini, bersempena dengan pendaftaran calon Pemilihan Parti Keadilan Rakyat peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, saya mengorak langkah baharu dengan mencalonkan diri selaku Ketua Keadilan Cabang Bukit Bintang.

Langkah yang telah saya mulakan kira-kira 20 tahun lalu melalui penglibatan membela kes-kes mangsa penghimpunan Reformasi dan penglibatan program pemikiran dan kepimpinan selaku Fellow di Institut Kajian Dasar sehinggalah diberi kepercayaan selaku Ahli Parlimen Balik Pulau 10 tahun yang lalu, kini dikembangkan ke Ibu Kota Kuala Lumpur: tanah lahirnya gerakan Reformasi 1998.

Agenda reformasi yang tercetus tahun 1998 menyaksikan kawasan ibu kota Kuala Lumpur, adalah lubuk reformasi, tidak terkecuali Parlimen Bukit Bintang yang terletaknya Masjid Negara dan Dataran Merdeka. 20 tahun usia gerakan ini, fasa peremajaan gerakan ini harus dimulai di tapak yang sama ia lahir.

Bersandar pengalaman selaku peguam kes-kes aktivis reformasi, kemudiannya diamanah untuk berkhidmat selaku Ahli Parlimen Balik Bulau; koordinator gerakan Free Anwar Now; selain pernah menjadi Ketua AMK Negeri Pulau Pinang dan terakhir selaku Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, saya meyakini bahawa misi untuk mengisi kemenangan harus bermula di lubuk gerakan reformasi.

Yusmadi adalah nnak didik bumi wakafan Kolej Islam Sultan Shah, seorang graduan undang undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang Undang Antarabangsa dari Washington College of Law, American University di Washington D. C.

Hasil kerja beliau di bidang undang-undang dan Hak asasi manusia telah menyebabkan beliau dianugerahkan dengan biasiswa berpretij Fulbright daripada Kerajaan Amerika Syarikat iaitu Hubert H. Humphrey Fellow. Beliau juga terpilih sebagai Fellow Demokrasi dan Pembangunan di pusat pengajian tinggi terkemuka dunia Universiti Stanford di California.

Kuala Lumpur masih terbelenggu dengan isu kemiskinan bandar dan tekanan hidup yang dihadapi generasi muda. Solusi permasalahan ini terletak di tangan generasi muda, untuk mengembalikan roh humanisme kepada pembangunan fizikal dan roh Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur, kekuatannya adalah pada wargakotanya. Warga yang berperanan akan melahirkan kota yang mampan. Pembangunan berimbang adalah misi yang harus difokuskan oleh Keadilan untuk menyaring idea-idea pembangunan yang seterusnya diterjemahkan menjadi realiti.

Dari Balik Pulau, izinkan saya kembali menabur bakti di Bukit Bintang, Ibu Kota Kuala Lumpur. Bersama kita menjalin muafakat untuk membumikan agenda reformasi!-30/7/2018

Penulis merupakan bekas Ahli Parlimen PKR Balik Pulau

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 380  tetamu dalam talian