14Ogos2020

Agenda Daily

Beri peluang kepada Zahid... jangan marah nyamuk, bakar kelambu

Sebagai ahli UMNO, saya menghormati pertanyaan Datuk Puad Zarkashi kepada Presiden UMNO mengenai hala tuju parti kerana beliau sememangnya berhak untuk mengetahuinya.

Walau bagaimanapun, saya memohon agar Datuk Puad menjadi seorang ahli UMNO yang mempunyai jiwa yang besar dan percaya dengan usaha yang sedang dibuat untuk mengembalikan semangat parti, sekali gus tidak mengeruhkan keadaan dan mewujudkan situasi yang tidak selesa dalam parti keramat ini dengan kenyataan-kenyataan seperti ini.

Datuk Puad perlu sedar bahawa untuk memimpin parti yang pertama kali pertama duduk di kerusi pembangkang setelah 61 tahun berkhidmat sebagai parti yang memerintah, bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan iltizam yang tinggi malah cara kita tidak boleh lagi sama seperti dahulu.

Beri peluang kepada Datuk Seri Ahmad Zahid yang baru sahaja 19 hari mengemudi parti untuk menggunakan caranya tersendiri dalam menghadapi pelbagai isu yang sedang melanda UMNO kini.

Dengan akaun parti yang masih dibekukan oleh SPRM, Presiden dan penjawat parti juga terpaksa mengikhtiarkan kos lain untuk menggerakkan rancangan serta manifesto parti.

Saya percaya Datuk Seri Ahmad Zahid tidak pernah lari dari asas politik UMNO, cuma keadaannya sekarang memerlukan pendekatan yang berlainan dan inklusif.

Jadi, bersama-samalah kita mentadbir segala hal-ehwal parti secara lebih bersopan, bukan dengan cara mewar-warkan ketidakpuasan hati kerana rakyat sedang menilai setiap gerak geri kita. Janganlah ‘marahkan nyamuk, kelambu dibakar’.-20/7/2018

PENULIS merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia dan Ahli Parlimen Paya Besar

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 325  tetamu dalam talian