14Ogos2020

Agenda Daily

Air percuma di Johor hanya retorik PH

Kerajaan negeri Johor dibawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Osman Sapian telah mengumumkan pemberian air percuma kepada rakyat Johor. Yakni pemberian faedah sebanyak 10 meter padu percuma kepada 395,000 ribu rakyat Johor.

Tidak dinafikan pemberian air percuma ini memberi manfaat dan meringankan beban golongan sasar.

Namun yang menjadi permasalahannya jika tindakan ini dilakukan hanya semata-mata untuk mengula gulakan rakyat sahaja.

Tanpa sedar ia sebenarnya akan memberi kesan negatif kepada kedudukan kewangan negeri.

Malah sedar atau tidak, kukuhnya kewangan negeri Johor ini disebabkan kesungguhan dan kerja keras Dato Seri Mohamed Khaled Nordin selama ini yang membangunkan negeri Johor sehingga berjaya mengumpulkan bajet lebihan selama lima tahun berturut-turut.

Namun, apabila mandat diberikan kepada kerajaan baharu mereka mengambil kesempatan ini dengan melakukan pembaziran yang melampau.

Merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Osman Sapian, pemberian air percuma ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM25 juta setahun.

Namun yang menghairankan apabila saya membuat pengiraan semula ternyata jumlah tersebut tidak selari dengan pengiraan yang di buat oleh pihak kerajaan negeri Johor.

Jumlah perbelanjaan sebenar yang perlu dikeluarkan setahun oleh kerajaan baharu adalah sebanyak RM47,400,000 juta (RM10 x 395,000 x 12 bulan) bukannya RM25 juta seperti yang dicanang-canangkan mereka.

Sangat jelas jumlah perbelanjaan ini sangat besar dan tidak masuk akal.

Jika ia pun ingin menunjukkan mereka melaksanakan manifesto yang dijanjikan, jangan sesekali terlepas pandang terhadap pengiraan perbelanjaan semudah ini.

Namun, yang menjadi persoalannya sekarang bagaimana kerajaan boleh dapat jumlah RM25 juta itu? Sedangkan perbelanjaannya jelas lebih daripada itu.

Ini belum mengambil kira lagi mengenai kenaikan tarif air yang dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2019.

Jangan hanya semata-mata ingin menunaikan janji manifesto pilihan raya yang lepas, mereka sanggup menggadaikan hasil negeri yang sepatutnya dinikmati oleh semua rakyat Johor bukannya golongan sasar sahaja.

Apa yang lebih penting, pihak kerajaan sepatutnya membuat kajian sedalam-dalamnya terlebih dahulu tentang perkara ini sebelum dilaksanakannya.

Bukannya bertindak secara drastik dengan memgumumkan pemberian air percuma kepada rakyat. Tentunya ia akan menimbulkan keraguan dan kekeliruan dalam kalangan rakyat Johor.

Jika benar inisiatif ini dilaksanakan, berapa lama kerajaan mampu menampung kos perbelanjaan sebanyak itu?

Kesimpulannya, berhentilah daripada memberi harapan palsu kepada rakyat Johor-13/7/2018


Penulis merupakan Penyelidik Persatuan Pemikir Muda Johor

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 304  tetamu dalam talian