23Mac2019

Syed Hamid ulas kenaikan tambang, industri rel dan kemelut Najib - Muhyiddin

Dalam kesempatan singkat sempena Perhimpunan Agung UMNO, Agendadaily dan BNBBC.my berpeluang menemubual bekas menteri yang berkhidmat untuk tiga Perdana Menteri Tan Sri Syed Hamid Albar. Beliau kini merupakan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) selepas bersara dari politik.

Ikuti temubual yang diadakan di Laman Media PAU 2015 ini.

Tan Sri sebagai Pengerusi SPAD ulas sikit berkainaan kenaikan tambang pengangkutan darat yang kontroversi baru-baru ini?

Kenaikan tambang pengangkutan darat ini menjadi isu hangat dan isu yang menarik perhatian lebih-lebih lagi dikalangan golongan muda kerana mereka merupakan pengguna terbesar yang menggunakan pengangkutan awam darat.

Tapi kita kena tengok juga ia mengakui bahawa sekarang lebih selesa, lebih muda, lebih cepat untuk ia tiba di destinasi. Semua ini ada faktor kos dan kita dah tidak naikkan beberapa lama dan subsidi kerajaan terhadap pengangkutan awam darat walaupun tidak diumumkan secara khusus adalah tinggi.

Saya ambil contoh Bus Rapit Transit (BRT) di bandar Sunway, dia punya tambang hanya RM3.50 sedangkan kos untuk 'break-even' adalah RM8.00. Jadi apa kita buat apabila kerajaan kata caj hanya RM3.50? kita beritahu operator bahawa tambang hanya RM3.50 tapi kerajaan kena tampung kekurangan itu RM14 juta setahun.

Bayangkan, dulu kita ada train dua gerabak, sekarang empat gerabak, train dulu tak selesa, yang sekarang selesa dengan ada digital ada wi-fi ada macam-macam, ini tambahan yang kita buat untuk penumpang rasa selesa dan senang.

Selain itu ada perubahan dari segi tabiat penumpang, kalau dulu tak reti berbaris, nak cepat... dengan kita masuk ke tamadun era keretapi ini yang jadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di seluruh dunia, orang-orang kita dah mula berdisiplin, berbaris... dan semua ini ada faktor kos terutama kerana kita upgrade perkhidmatan.

Ambil contoh di Kelantan, jika ikut pandangan komersial kita tak boleh ada train di Kelantan kerana penumpang tidak ramai, kebanyakkannya budak sekolah, tapi kerajaan buat keputusan okay kita tampung. Lepas banjir pun sekarang dah jalan balik.

Mungkin kerajaan perlu ceritakan tiap-tiap kos yang melibatkan pengangkutan awam darat.

Ini satu-satunya saya fikir walaupun di sebalik kecaman dan sebagainya adalah keretapi adalah pengangkutan yang cepat dan selamat.

Kita dah buat untuk memanjangkan landasan Kelana Jaya, Ampang Line, kita beli gerabak baru untuk monorail, buat LRT3, MRT1 sedang berlangsung. Kita masuk ke era baru, dan peranan SPAD adalah pemudah cara, walaupun saya tahu saya yang kena maki.

Berkenaan tambang ERL yang naik mendadak macam mana Tan Sri...?

Macam ERL naik itu... saya pun terperanjat, ERL ini ada perjanjian konsesi yang ditandatangani pada 1997, perjanjian konsesi ini menetapkan kenaikan tambang pada beberapa tahun sekali dan jika kerajaan tidak benarkan kena bayar pampasan macam juga lebuh raya punya tol.

Dia batalkan tambang pelajar, kita (SPAD) kata tak boleh... tadi saya dapat surat kata ERL setuju teruskan tambang pelajar. Di mana dalam bidang kita, kita boleh buat. Walaupun kita buat kajian dan analisa, tidak ada satu analisa yang diputuskan oleh SPAD. Kita akan beri kepada Majlis Ekonomi (EC) daripada EC kepada Kabinet dan semua agensi berpeluang untuk bagi komen.

Soalnya macam mana kita imbangkan untuk memberi pengangkutan awam yang terbaik supaya kita setaraf dengan negara-negara maju yang lain.

Tan Sri komen sikit berkenaan tambang KTM dimana penumpang umur 7 tahun dianggap dewasa walaupun KTM sudah maklumkan bahawa ada diskaun 50 peratus untuk kumpulan ini...?

Masalah ini kita tak boleh tengok dari segi definasi, memang seluruh dunia pun, budak-budak punya tambang hanya sehingga umur 7 tahun, lepas itu dia dicaj tambang normal, kapal terbang pun macam itu, jadi bila kita tak tengok secara keseluruhan dan hanya tengok pada definasi. Sedangkan perkara ini merupakan amalan dalam industri itu.

Kapal terbang lebih rendah dia punya had umur. Ini semua amalan-amalan dalam industri untuk menentukan ia dapat memberi perkhidmatan yang terbaik.

Kita mula agresif untuk mengembangkan industri rel sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi. Bila ada rel lebih bagus, perkembangan ekonomi akan lebih rancang. Dalam masa yang sama saya tidak kata desakan-desakan yang dibawa oleh Pemuda, Puteri sesuatu yang tidak munasabah.

Pengangkutan awam ini mempunyai kesan secara langsung kepada orang ramai... jika kerajaan suruh kita kaji balik, kita kena buat dan pulangkan balik kepada kerajaan untuk membuat keputusan.

Macam mana dengan prosedur nak naik tambang ini... Macam ERL, Tan Sri kata Tan Sri pun terkejut...?

Macam ERL ini dia ada perjanjian dia bawah Unit Ekonomi Awam Swasta (UKAS) tidak melalui SPAD. Yang lainnya apabila ada permintaan daripada syarikat untuk naik, dia bagi kos, kita akan kaji kos, apa dia punya minima kos, berapa margin yang dia patut buat, kemudian kita bentang kepada EC atau Kabinet.

SPAD tak putuskan sendiri. Tapi kita terima hakikat oleh kerana kita nama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) semua maki hamun kita terima. 'very beautiful punching bag' kita tak ada menteri yang defend... kadang Menteri Pengangkutan pun sudah kita kaji, padahal keputusan kerajaan.

Tan Sri ada desas-desus kata kerajaan suruh kaji balik kenaikan tambang pengangkutan awam...?

Itu saya dengar juga, tapi kita ini akan bertindak selepas terima arahan khusus, mungkin selepas Perhimpunan Agung UMNO ini... ikut undang-undang SPAD tak boleh buat keputusan sendiri, kita akan buat berdasarkan arahan Perdana Menteri atau Kabinet.

Tan Sri sebelah Pantai Barat sudah ada keretapi laju (bukan high speed train) antara KL ke Padang Besar, tapi Pantai Timur belum ada, boleh jelaskan..?

Keretapi ini berkenaan pembangunan, belah Pantai Barat negara kita, dia memang dah maju lebih awal, di Pantai Timur kita ada keretapi tapi spstem lama dari Wakaf baru sampai ke Gemas boleh naik keretapi sampai ke Johor tapi lama. Kita sekarang sedang mengkaji macam mana kita hendak buat keretapi laju (bukan high speed) di mana perjalanan macam KL ke Padang Besar (di sebelah Pantai Timur).

Tan Sri ini berkaitan politik, ada salam perpaduan untuk PAS yang dibuat oleh Presiden UMNO... boleh ulas sikit?

Ini maksudnya kita berminat. Macam nak kawinkan... kita nak tentukan jika ianya terjadi ia akhirnya hubungan yang boleh dipertahankan. Kedua-dua belah pihak mesti ikhlas untuk mencapai kestabilan politik di negara kita.

Dulu PAS pernah bergabung dengan kita, tapi tidak berjaya, mungkin dalam keadaan sekarang PM anggap kita boleh bincang. Masih terlalu awal untuk kata ia bagus.

Tapi kita bagi peluang untuk mereka bincang... kerana bentuk kerjasama pun belum diputuskan, mungkin apabila kita cakap soal kerjasama bukan pergabungan, bukan sebahagian daripada BN, mungkin kerjasama masa pilihanraya... jika kita letak calon dia tak letak calon dalam kawasan-kawasan tertentu. Banyak format dia.

Bagus PM dah lontorkan idea dan langkah seterusnya adalah untuk tengok macam mana ia berkembang.

Tan Sri sebagai orang lama dalam politik macam mana lihat kemelut antara Presiden dan Timbalan Presiden sekarang dan nasihat Tan Sri sebagai otai politik?

Sebagai orang parti apa yang paling penting adalah hendak menang pilihanraya, nak menang pilihanraya kena bersatu, mesti ada perpaduan. Kita tak boleh tinggalkan kelompang di mana orang luar tak perlu berkerja dan biarkan kita sama kita bergaduh.

Oleh kerana kelemut yang kita hadapi sekarang, PM punya ucapan yang saya fikir paling bagus, cukup yakin, tapi kita pilihanraya dah dekat, kita tidak lagi address strategi pilihanraya, macam mana kita hendak merapatkan jurang yang ini, ruang untuk kita berbaik dah jadi lebih susah, kita sekarang kena tumpukan untuk menang pilihanraya.

Dalam politik ini kita tak ada musuh atau kawan yang kekal. Kita mesti jadi prakmatic political player, apa yang bagi kita kelebihan kita kena berkerja untuknya walaupun pedih pedas, tapi kena buat.-12/12/2015

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 623  tetamu dalam talian