21September2019

Ismail Sabri 'gam mulut' isu boikot...

SOAL JAWAB  Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 'gam mulut' dari mengeluarkan ulasan berkaitan isu kontroversi melibatkan dirinya sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat kenyataan mengenainya.

Ditemui Agendadaily di majlis Perhimpunan Ketua-Ketua UMNO Bahagian menyokong beliau Rabu di Putrajaya, Ismail berkata Perdana Menteri akan keluarkan kenyataan petang ini (Rabu).

"Apa yang dibincangkan dalam kabinet Perdana Menteri akan buat kenyataan. Jadi saya tak akan buat kenyataan apa-apa,"katanya.

BERIKUT PETIKAN SOAL JAWAB AGENDADAILY DAN PETUGAS MEDIA LAIN DENGAN ISMAIL SABRI

Adakah isu ini dibincang di Kabinet dan adakah Datuk bincang dengan Datuk Seri Liow Tiong Lai?

PM akan buat kenyataan petang ini. Apa yang dibincangkan dalam kabinet PM akan buat kenyataan Jadi saya tak akan buat kenyataan apa-apa.

Tapi melihat sokongan hari ini ramai datang, boleh komen?

Saya kira sebagai solidariti Ketua-Ketua UMNO Bahagian. Seperti yang kita tahu banyak laporan polis yang dibuat terhadap saya dan pihak polis pun akan panggil saya.

Jadi tujuan mereka datang ini adalah untuk menyatakan sokongan supaya saya tidak bersendirian menghadapinya.

Datuk dah dipanggil polis?

Belum lagi. Saya tengah tunggu.

Tadi Datuk kata PM akan buat kenyataan. Adakah ini bermakna Datuk lepaskan semua pada PM?

Selepas PM buat kenyataan barulah saya akan buat kenyataan.

Selepas isu ini berbangkit ada tak Datuk jumpa Datuk Seri Liow?

Itu perkara biasa sebab saya dengan Liow merupakan sahabat baik. Tak ada masalah. MCA dengan UMNO pun komponen yang sama.

Jadi apa-apa perkara yang berlaku, kita memang sentiasa berjumpa.

Jadi tadi masa meeting Datuk Seri Liow pun adalah?

Semua Menteri Kabinet ada.

Pasal isu itu kita tak boleh kata apa-apa sebab PM akan umumkan apa yang dibincangkan di dalam kabinet, apa pandangan kabinet. PM akan panggil saya petang ini.

Apakah Datuk akan minta maaf pada (pemimpin DAP) Ngeh ?

Tak ada sebab saya kena minta maaf dengan dia.

Dia lawyer dan saya pun lawyer. Dia pun faham bila saya "katakan" bahawa (kedai kopi) Old Town itu dimiliki oleh Ngeh family.. saya kata "dikatakan"..Maknaya bukan saya tuding jari kata sesiapa. He should understand legal punya term.

Komen mengenai ugutan bunuh dalam FB?

Itu perkara biasa. Ada orang yang suka dan ada yang tak suka dengan statement saya. Ada orang sanjung dan ada orang ugut saya. That's very normal.

Negara kita ada undang-undang. Kalau orang ugut, pihak polis patut ambil tindakan. Pihak polis.. saya sendiripun bukan keluar statement openly. Saya menjawab di FB orang lain punya dan kemudian diviralkan. Saya pun terus explain apa intention saya. Mereka (polis) very efficient. Tak sampai 24 jam polis nak panggil saya. Jadi kalau ada ugutan-ugutan dan sebagainya pun patut mereka efficient juga untuk ambil tindakan terhadap golongan ini.

Nampak sesama komponen berbalah?

Tak adalah. Kalau tengok Ketua Wanita MIC pun sokong saya. Kita kena tengok keseluruhannya dan bukan dari segi yang sempit.

Saya maksudkan peniaga yang degil menurunkan harga dan lihat dari segi itu dan kesannya. Sudah ada statement dari mereka yang setuju turunkan harga dan sebagainya. Dan kalau benar harga dapat diturunkan, faedahnya bukannya pada satu kaum tapi semua.

Komen desakan Ketua Pemuda MCA yang minta PM suruh Datuk letak jawatan?

Tak ada sesiapun yang boleh minta PM pecat sesiapa sebab prerogatif perlantikan Menteri adalah kuasa PM. Jangan sekali-kali sesiapapun mendesak PM.

Tidak ada istilah memohon maaf atau menarik balik kenyataan saya sbb nak bantu pengguna secara keseluruhannya.-4/2/2015 OLEH NOOR HASILAH ISMAIL

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 218  tetamu dalam talian