21September2020

Agenda Daily

Abdul Gani jawab tohmahan Peguam Negara tidur

Tan Sri Abdul Gani Patail membidas dakwaan pihak tertentu yang menuduh bahawa beliau ‘tidur’ dan pejabat Peguam Negara tidak menjalankan tugas dengan baik serta melakukan pendakwaan terpilih.

“Saya kena berfikir bagaimana untuk saya bawa kes saya. We are not dare to win the case unless you dont care what happen. Hari ini kamu kata hitam itu putih, esok kamu kata putih itu putih asalkan kamu menang kes itu.

“Bagi kami, mesti ada polisi bagaimana kamu tentukan undang-undang itu, dan apa yang bakal terjadi jika kita ambil tindakan undang-undang sebegitu untuk jangka masa panjang, itu bagaimana atau cara kami menjalankan tugas kami,” katanya ketika ditemui bnbbc.my di pejabatnya, Selasa.

Malah, membuktikan pejabat Peguam Negara bukan bertugas secara lewa atau lepas tangan, Abdul Gani menjelaskan, menjelaskan pihaknya menjalankan tugas dengan terperinci termasuk memberikan laporan berkala kepada semua pihak  termasuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada setiap minggu pada hari Khamis.

“Kami akan keluarkan laporan pada setiap Khamis, kenapa hari Khamis, kerana hari Jumaat adalah mesyuarat Kabinet, semua dapat salinan (laporan) termasuk Perdana Menteri, semua agensi berkaitan dapat salinan termasuk KDN, Ketua Polis Negara juga dapat,” katanya.

Beliau membuat penjelasan itu ekoran kritikan pelbagai pihak termasuk melalui media maya kebelakangan ini kononnya ‘Peguma Negara tidur’ dan tidak mengambil tindakan sesetengah kes yang dinilai rakyat ‘bersalah’.

Tegas Abdul Gani, masyarakat harus faham bahawa pejabat Peguam Negara berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan tugas mengikut lunas undang-undang yang ada.

“Kami perlu berhati-hati, tetapi itu tidak bermakna kami sudah putus asa dan biarkan (kes) begitu saja, kami masih meneliti kes yang ada dan lihat bagaimana untuk kami bertindak ke atas kes terbabit dan bagaimana nak buat,” tambah beliau.

Katanya, setiap kes mempunyai cabarannya tersendiri dan adalah tidak adil untuk pihaknya membuat pertuduhan tanpa menjalankan siasatan secara menyeluruh dan terperinci.

Beliau memberikan contoh penceramah bebas Sahul Hameed Seeni Muhamad dan  Siti Fairah Asyikin Kamaruddin (Kiki), wanita yang berkasar terhadap seorang warga emas yang melanggar kenderaannya.

“Sahul Hamid, kes dia disebut pada Khamis, saya rasa laporan dibuat pada Khamis, dan pada hari Jumaat baru polis buka kertas siasatan. Kalau begitu, apa yang kalian jangka kami boleh buat?  Adakah kami boleh tangkap orang tanpa buat siasatan, adakah itu adil bagi mereka dan juga kami.

“Tak bolehlah kita nak tuduh orang tanpa buat siasatan, siasatan kena lengkap dahulu, hantar fail ke sini dan kemudian baru kami putuskan. Macam kes Sahul ini, pada Khamis buat laporan, tetapi kertas siasatan baru buka yang mana polis daftar kes pada Jumaat, adakah itu adil bagi kami? ,” soalnya.

Malah beliau turut menjelaskan kekangan-kekangan yang wujud di pihaknya dan juga bagi polis dalam mengendalikan kes terutamanya melibatkan medium sosial.

Menurut Abdul Gani, adalah menjadi satu cabaran besar kepada pihak polis terutama dalam mencari bukti membabit medium sosial apabila terpaksa berdepan dengan kesukaran mendapatlan “protokol internet”, identiti dan akaun e-mel palsu.

“Perkara sebegitu juga menyukarkan siasatan PDRM sekaligus melambatkan proses pendakwaan,” ujar beliau.

Namun jelas beliau, keadaan berbeza sekiranya individu terbabit  mengaku kesalahannya secara umum dan kebiasaanya kes sebegitu boleh selesai dengan cepat sambiil merujuk kes Siti Fairah Asyikin dan Shahul Hameed.

Kiki sudah dididenda  oleh mahkamah RM5,000 serta menjalani khidmat sosial selama 240 jam manakal Shahul pula sudah ditahan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan telah dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Penceramah bebas itu juga kemudiannya telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kaum India menjadikan kes tersebut lebih mudah diselesailkan.

Gani ketika menjawab kepada dakwaan-dakwaan yang mengatakan beliau tidak lagi relevan menjalankan tugasnya selaku Peguam Negara, beliau hanya menjawab “Itu pendapat peribadi, biarlah orang nak kata apa. Orang kutuk saya, saya masih boleh senyum, tapi jangan buat fitnah, saya boleh saman,” tegasnya.

Beliau juga menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah sekali-kali menjalankan pendakwaan terpilih seperti lambat bertindak jika kes membabitkan kaum Cina dan cepat jika dilakujkan oleh kaum Melayu.

Abdul Gani berkata, status membabitkan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee, Shahul Hameed, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer dan penyanyi rap kontroversi Wee Meng Chee Wee atau Namewee, sudah dirujuk  kepada pihaknya dan tindakan susulan akan diambil.

Beliau berkata, bagi kes Tan dan Lee, jabatan itu mengemukakan tiga pertuduhan dan memutuskan mengenakan pendakwaan terhadap pasangan itu dengan  waran tangkap dikeluarkan ke atas Tan selepas gagal hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. -6/8/2014 -bnbbc.my

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 464  tetamu dalam talian