21November2019

Agenda Daily

Van jenazah tak boleh perbaharui cukai jalan kerana isu 1MDB

Ini lawak seram... kejadian di Merapoh Pahang selepas sebuah van jenazah yang disumbangkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada semua masjid tidak boleh memperbaharui cukai jalannya kerana disenarai hitam.

Pengerusi Masjid Jamek Merapoh Mohd Fauzi Mat Salleh berkata kenderaan tersebut kini dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

menurutnya beliau menyedari masalah itu pada 16 Oktober lalu ketika beliau mahu memperbaharui cukai jalan van yang mereka diterima tujuh tahun lalu.

“Van jenazah ini memang penting kepada lebih 5,000 kariah di kawasan ini memandangkan jarak Hospital Lipis dengan kariah di sini adalah kira-kira 100 kilometer,” katanya.

“Saya telah menghubungi pihak polis Bukit Aman dan merayu perkara ini dan mereka meminta saya membuat surat dan saya harap dapat diselesaikan segera”.-22/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 607  tetamu dalam talian