21September2020

Agenda Daily

Artikel

Senanglah kerja 'semua salah Najib'... - Najib

Kerajaan kini mempunyai alasan mudah untuk tidak melaksanakan tanggungjawab mereka pada standard yang diperakui dengan menyalahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam pelbagai pertuduhan mahkamah yang sedang dihadapi, Najib terus dizalimi, difitnah dan dimalukan tanpa belas kasihan oleh orang-orang yang pernah ditolongnya.

Najib berkata, dia kini menjadi sasaran untuk disalahkan atas segala macam hal, termasuklah kekalahan pasukan bola sepak Inggeris yang disokongnya.

"Macam-macam tuduhan liar kebelakangan ini. Senanglah kerja semua orang guna modal 'semua salah Najib'.

"Harga tak turun? Salah Najib. Manchester United kalah? Salah Najib. Esok kalau hujan (dan anda) lewat masuk kerja? Salah Najib," katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas tertuduh dalam kes pembunuhan Kevin Morais mendakwa Najib menawarkan RM3.5 juta untuk mengaku bersalah. Najib menyifatkan tuduhan itu sebagai "karut".

Manchester United, yang merupakan kelab bola sepak Inggeris kegemaran bekas presiden UMNO itu, kalah 0-2 dalam perlawanan menentang Leicester City 29 Sept lalu dan berada di tangga ke-10 liga ketika ini.-3/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 573  tetamu dalam talian