19November2019

Agenda Daily

Semua deposit lebih RM25 ribu perlu maklum Bank Negara

Mungkin ini kesan pertama selepas pemansuhan GST, iaitu berkembang semula ekonomi gelap di Malaysia.

Bagi menangani masalah tersebut semua bank perdagangan di negara ini perlu memaklumkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) jika mereka menerima deposit RM25,000 dan ke atas bermula 1 Januari.

Gabenor Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata pendekatan itu sebahagian usaha BNM untuk menangani pengubahan wang haram dan ekonomi gelap.

Malaysia berada di kedudukan ke-10 dalam pengubahan dan aliran keluar wang haram di dunia dan deposit tunai mandatori tertinggi di hadapan Amerika Syarikat US$10,000 (RM41,000).

“Maka tepat pada masanya kita mencari jalan meningkatkan kawalan untuk mengurangkan jenayah kewangan,” katanya semasa berucap di sebuah persidangan di sini hari ini.

“Bila kita membandingkan Malaysia dengan negara lain, had semasa kita terlalu tinggi dan tidak selari dengan saiz ekonomi kita terutama relatif kepada kuasa membeli.”-30/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 298  tetamu dalam talian