25September2020

Agenda Daily

Artikel

Rombongan UMNO Padang Rengas ke PAU kemalangan... 13 cedera

Timbalan Ketua UMNO bahagian Padang Rengas, Datuk Zainun Mat Noor antara 13 yang cedera dalam nahas tiga kenderaan di KM329 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tapah, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu berlaku ketika mangsa, 62 tahun dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang bermula, malam ini.

Ketua Polis Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, tiada kecederaan serius berlaku dan Adun Chenderoh itu sedang menerima rawatan di Hospital Tapah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kereta jenis Honda CRV dipandu mangsa gagal mengelak sebuah lori yang terbabas di tengah lebuh raya.

"Kejadian turut menyebabkan sebuah lagi kenderaan pelbagai guna (MPV) gagal mengelak dan merempuh lori terbabit.

"Daripada maklumat diterima, kenderaan dipandu wakil rakyat itu dan MPV dipandu seorang lelaki berusia 46 tahun masing-masing membawa penumpang dalam perjalanan untuk menghadiri perhimpunan Umno di Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata, pemandu lori berusia 33 tahun yang membawa muatan batu forselin tidak mengalami kecederaan. Katanya, ketika kejadian, hujan lebat di lokasi.

"Semua mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 43 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.-28/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 392  tetamu dalam talian