12November2019

Agenda Daily

Polis Thai bebaskan empat nelayan Malaysia

Polis wilayah Satun telah mengeluarkan dan menghantar pulang empat nelayan Langkawi yang didakwa diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Pulau Langgun, berhampiran pulau pelancongan itu.

Ketuanya Maj Gen Suphawat Tapkiew berkata kesemua nelayan itu dibebaskan di jeti feri Tammalang Satun kira-kira 11 malam (waktu tempatan) semalam untuk kembali ke Langkawi.

"Empat nelayan Malaysia itu dibebaskan selaras persetujuan selepas perbincangan antara pihak berkuasa yang berkaitan dari Thailand dan Malaysia untuk mencari penyelesaian," katanya kepada Bernama hari ini, sambil menambah bahawa perbincangan semalam dipengerusikan Gabenor Satun Pattarapon Rattanapichetchai.

Bernama difahamkan bahawa perbincangan itu juga melibatkan pegawai dari pejabat Konsulat Jeneral Malaysia yang berpangkalan di Songkla.

Beliau berkata pihaknya menjangka tiga pegawai polis Thai dan timbalan ketua kampung yang kini sedang ditahan pihak berkuasa Malaysia akan dibebaskan dan kembali ke negara itu tidak lama lagi sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dicapai untuk menyelesaikan masalah tersebut.-21/8/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 313  tetamu dalam talian