22September2019

PM ke lapan... Apa yang takut sangat tu...?

Walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau akan melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun ada yang masih tidak puas hati.

Anak sulung Anwar misalnya menggesa janji peralihan kuasa kepada bapanya dipatuhi oleh semua pihak.

“Perjanjian yang mengikat semua parti dalam Pakatan Harapan (PH), ia mengikat dari proses peralihan daripada perdana menteri yang dipilih kepada Anwar Ibrahim,” kata Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Rancangan peralihan kuasa daripada Dr Mahathir kepada Anwar, yang dipenjara, diumumkan beberapa bulan sebelum pilihan raya umum lalu.

Nurul Izzah berkata kenyataan ini dikeluarkan oleh presiden Amanah Mohamad Sabu dan juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Dalam majlis berasingan, Anwar percaya Dr Mahathir akan memegang janji dan melepaskan jawatan itu kepadanya.

“Kita mencapai persetujuan beliau [Dr Mahathir] akan menjadi perdana menteri jika PH menang pilihan raya umum dan jawatan itu diserah kepada saya kemudian,” katanya.

Anwar juga menempelak pihak yang menyebarkan dakwaan beliau sudah tua dan tidak lagi relevan untuk mentadbir negara ini.-17/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 620  tetamu dalam talian