25September2020

Agenda Daily

Artikel

Personaliti media sosial tanya Anwar lima soalan...

Calon Bebas, Stevie Chan Keng Leong mengemukakan lima soalan untuk dijawab oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keperluan mendesak untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson.

Personaliti media sosial itu berkata persoalan tersebut adalah penting kerana beliau dan masyarakat ingin tahu mengapa keputusan PRK itu dibuat memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) baru sahaja diadakan 9 Mei lalu.

PRK itu diadakan berikutan penyandang kerusi itu dari PKR, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi itu pada 12 Sept lalu bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding.

Lima persoalan yang ditujukan kepada Anwar adalah seperti berikut:

Mengapa tidak bertanding di kerusi Parlimen Pandan yang disandang oleh isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail atau kerusi Parlimen Permatang Pauh yang diduduki oleh anaknya, Nurul Izzah?

Mengapa ingin masuk semula ke Parlimen melalui PRK?

Mengapa memilih ‘Langkah PD’?

Adakah boleh menerima wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa alasan kukuh?

Adakah kekal bertanding di Parlimen Port Dickson pada pilihan raya seterusnya sekiranya menang kali ini?

Chan berkata Anwar, yang menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR baru-baru ini, boleh menjawab persoalan tersebut secara terbuka di media atau bersedia berdebat dengannya.

Selain Chan dan Anwar sebagai calon Pakatan Harapan (PH), pertandingan tujuh penjuru itu pada 13 Okt ini turut melibatkan calon PAS, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazri Mokhtar.

Selain calon Bebas — bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad, bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, Lau Seck Yen dan Kan Chee Yuen.-2/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 440  tetamu dalam talian