19November2019

Agenda Daily

Penjelasan Najib 'menyusahkan' PH...

Datuk Seri Najib Razak bakal mendapat manfaat, sekiranya jawapan balas bekas Perdana Menteri itu terhadap tuduhan kerajaan terdahulu tidak dapat dijawab secara baik oleh kerajaan.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, kelantangan Najib dalam menjawab beberapa isu yang terpalit dengan dirinya pada suatu ketika dahulu perlu diberi perhatian oleh Pakatan Harapan (PH).

Katanya, jika PH gagal menyangkal jawapan Najib itu, ia bakal memberi impak negatif kepada pemerintah sekarang.

"Najib tiada pilihan kerana ia membabitkan kepimpinan beliau. Apatah lagi kini beliau mempunyai akses terhad untuk salur pandangannya.

"Kesannya akan ada jika sekiranya pandangan beliau gagal disangkal oleh kerajaan hari ini," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha Barisan Nasional (BN) terutama Najib membersihkan setiap satu tuduhan PH terdapat kerajaan BN dahulu, sama ada ia akan memberi kesan kepada Kerajaan PH atau tidak.

Mengulas lanjut, Sivamurugan menyarankan agar kerajaan mula memberi tumpuan kepada dasar mereka.

"Ini kerana, pertembungan kedua-duanya akan berterusan selagi hanya kesalahan cuba dicari oleh kerajaan yang sepatutnya mempamer diri sebagai kerajaan reformis melakukan pembersihan pada kerajaan lama," katanya.

Najib sejak kebelakangan ini seolah-olah membuat sesi pencerahan berhubung dakwaan salah laku BN dahulu, antaranya mengenai isu pelaksanaan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), isu dakwaan menjual kedaulatan kepada negara China, isu kereta Proton dan beberapa lagi isu lain.-29/8/2018 -Sinar Harian

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1301  tetamu dalam talian