25September2020

Agenda Daily

Artikel

Isa Samad bertanding: MP PKR dakwa 'konspirasi lama berulang'

Tiba-tiba kita dengan balik istilah 'konspirasi' atau berpakat dalam gelap untuk menjatuhkan lawan politik.

Kali ini selepas Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sah bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.

Ahli Parlimen PKR Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mendakwa penyertaan Isa Samad itu adalah konspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mendakwa, konspirasi ini dilakukan oleh “mereka” yang berada dalam Pakatan Harapan (PH) dan “pemain yang sama” pada 1998.

“Saya melihat perkara ini sudah menampakkan realitinya apabila berlaku pertembungan beberapa penjuru yang melibatkan calon bebas.

“Walaupun pada peringkat awal UMNO memboikot proses pemilihan ini, tetapi yang dilihat keadaan pada hari ini menjurus kepada persoalan mengapa Isa Samad mahu bertanding? Dan kenapa pula dia nak bertanding? Atas sifat sebagai apa?,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang mengumumkan akan bertanding pada PRK Port Dickson 13 Oktober ini sebagai calon bebas, semalam.

Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) mengumumkan tidak akan bertanding di PRK Port Dickson.

Pengerusi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dicapai selepas perbincangan antara UMNO, MCA dan MIC.

Mengulas lanjut, Abdullah turut menegaskan PKR tidak boleh mengizinkan “sahabat-sahabat” dalam PH cuba mensabotaj atau melakukan konspirasi berkenaan.

“Kita tak boleh mengizinkan ada kalangan sahabat-sahabat kita yang cuba mensabotaj atau melakukan konspirasi untuk menidakkan konsensus ini.

“Ingat, konsensus ini dibuat atas sebab rakyat memberi mandat. Rakyat memberi mandat disebabkan kepercayaan kepada konsensus itu dan konsensus itu tidak boleh dikhianati,” katanya merujuk Anwar sebagai calon perdana menteri ke-8.

Ditanya adakah “pemain yang sama” yang dimaksudkannya itu ialah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau berkata: “Mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta saya akui bicara itu tidak serupa dengan kenyataan yang berlaku dalam gelanggang yang ada.

“Yang saya lihat kesungguhan mereka ini untuk menjatuhkan Anwar nampak ketaraannya,” katanya yang enggan mendedahkan identiti individu tersebut.-30/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 409  tetamu dalam talian