21September2020

Agenda Daily

Artikel

Hak kerajaan saman rakyat perlu dikaji semula

Kerajaan harus menimbang untuk meminda Akta Prosiding Kerajaan 1956 bagi membatalkan atau menyekat hak kerajaan memfailkan saman fitnah ke atas warganya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata jaminan hak bersuara secara bebas membenarkan rakyat untuk menyatakan pendapat mereka sama ada memihak mahupun bertentangan dengan kerajaan yang mereka pilih.

“Tambahan pula, saya berpendapat bahawa kerajaan sepatutnya dianggap sebagai sebuah badan awam yang harus bersikap terbuka kepada teguran.

“Ini adalah inti pati demokrasi yang seharusnya membolehkan kerajaan tertakluk kepada pengawasan dan komen rakyat jelata,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Gobind mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan pada Rabu lepas bahawa kerajaan berhak untuk mengambil tindakan saman fitnah ke atas individu selepas merujuk peruntukan Akta Prosiding Kerajaan 1956.

Susulan keputusan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin berkata kerajaan Pakatan Harapan akan meminda undang-undang berkaitan bagi menghalang mana-mana kerajaan, sama ada persekutuan atau negeri, memfailkan saman fitnah ke atas individu.

Gobind berkata beliau turut menyokong cadangan Hanipa yang mahu mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji penghakiman Mahkamah Persekutuan itu selain meneliti akta tersebut sebelum mencadangkan pindaan yang sewajarnya kepada Jemaah Menteri.-1/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 382  tetamu dalam talian