16November2019

Agenda Daily

Elaun Sara Hidup: 55,000 nelayan dalam proses pemutihan

Isu mengenai Elaun Sara Hidup nelayan kembali menjadi bualan selepas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menetakkan syarat tentu untuk layak.

Menurut Datuk Salahuddin Ayub, kementerian kini sedang dalam proses pemutihan bagi memastikan hanya mereka yang berkelayakan sahaja memperoleh manfaat itu.

Beliau berkata proses itu melibatkan 55,000 penerima sebelum ini di seluruh negara dan keutamaan diberikan kepada ‘nelayan tulen’.

Antara syarat yang dikenakan ialah nelayan perlu turun ke laut sekurang-kurangnya 120 hari setahun.

“Pemutihan ini perlu kerana ia (bantuan) sepatutnya diberi kepada kumpulan sasar yang sebenar. Jangan ada penipuan di situ. Ini ada yang tak jadi nelayan pun dapat insentif itu,” katanya.

Menurut Salahuddin, proses pemutihan itu juga penting bagi membolehkan pengumpulan data terkini nelayan sekali gus memudahkan pemberian insentif baharu kepada mereka yang benar- benar layak.

Selain itu, katanya kementerian juga sedang merangka pelan strategik untuk pertingkatkan insentif kepada nelayan dalam bentuk lain selain bantuan kewangan yang akan memberi kesan serta meningkatkan taraf hidup.-3/8/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 245  tetamu dalam talian