16November2019

Agenda Daily

Amanah sokong sebat pesalah lesbian di Terengganu

Jangan terkejut... tatkala ramai yang pertikai tindakan mahkamah Terengganu, sekutu DAP... Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong keputusan menyebat dua pesalah lesbian semalam.

Ketua Wanita Amanah Dr Siti Mariah Mahmud berkata keputusan terhadap wanita 22 dan 32 tahun itu tidak wajar dipertikaikan, lapor Malaysiakini.

“Malah hukuman ini juga telah diguna pakai oleh Mahkamah Syariah di negeri lain, seperti kes di Mahkamah Syariah Tawau beberapa tahun lepas.

“Justeru adalah tidak wajar ia dipertikaikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menyifatkan hukuman enam sebatan itu sebagai pengajaran, Siti Mariah menolak dakwaan ia tidak berperikemanusiaan atau bersifat kejam.

“Justeru semua pihak wajib menghormati sistem undang-undang yang sedia ada ini bagi menjamin kedaulatan negara,” katanya lagi.

Pasangan itu disebat di depan 100 orang di ruang mahkamah setelah mengaku  bersalah cuba melakukan hubungan seks di dalam kereta, pada April lepas.

Hukuman yang dilaksanakan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, dengan bantuan Jabatan Penjara, yang pertama seumpamanya di negeri itu.

Keputusan itu dipertikai antaranya dengan hujah sebatan terhadap bukan banduan bercanggah dengan undang-undang.

Antara yang mempertikaikan adalah bakal Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan pemimpin-pemimpin DAP.

Dua kumpulan hak asasi wanita popular berkata Akta Penjara dan Peraturan Penjara “hanya boleh dilakukan kepada banduan”.

“Oleh kerana hukuman terhadap dua wanita itu tidak termasuk pemenjaraan, mereka tidak dianggap sebagai banduan seperti yang dinyatakan dalam Akta Penjara dan Peraturan Penjara,” kata Justice for Sisters dan Sisters in Islam kenyataan bersama.

“Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu dan Jabatan Penjara Malaysia mungkin telah bertindak bertentangan dari undang-undang dalam pelaksanaannya.”-5/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 219  tetamu dalam talian