17Januari2021

Agenda Daily

Shafie kelirukan rakyat guna fakta salah

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, didakwa mengelirukan rakyat berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan menggunakan fakta salah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata dakwaan Mohd Shafie iaitu 60 peratus saham Bandar Malaysia dijual kepada China, dibuat berdasarkan emosi.

Katanya, ia jelas menunjukkan Mohd Shafie, yang juga Ahli Parlimen Semporna, tidak memahami apa yang berlaku dalam 1MDB, khususnya membabitkan transaksi dan hanya cuba mengaburi mata rakyat.

"Ada dua entiti dalam konsortium yang membeli 60 peratus saham Bandar Malaysia, iaitu Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corp (CREC) dengan kepentingan 60:40.

"Ertinya, perkiraan akhir adalah Malaysia melalui Kementerian Kewangan (40 peratus) dan IWH (36 peratus) memegang 76 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia, manakala syarikat dari China iaitu CREC hanya memiliki 24 peratus.

"Saya faham beliau cuba mengaburi mata rakyat, khususnya di Semporna dengan satu percubaan yang amat mengecewakan," katanya pada sidang media di Dewan Rakyat, Rabu.

Mohd Shafie yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, mempertikaikan beberapa keputusan kerajaan membabitkan 1MDB ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat, Selasa.-27/10/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 329  tetamu dalam talian