11November2019

Agenda Daily

RM41.1 bilion dicarum dalam Simpanan Syariah kwsp

Sejumlah 41.07 peratus atau RM41.1 bilion daripada peruntukan Simpanan Syariah berjumlah RM100 bilion telah dicarum sejak ia dibuka pada 8 Ogos lalu, kata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ahli-ahli KWSP yang mahu menukar caruman kepada Simpanan Syariah digalakkan supaya berbuat demikian sekarang bagi mengelakkan penukaran saat-saat akhir pada Disember ini.

Tarikh tutup bagi penukaran Simpanan Syariah 2017 adalah pada 23 Disember ini atau tertakluk kepada ketersediaan peruntukan RM100 bilion.

KWSP memperuntukan sebanyak RM100 bilion dana iaitu 15 peratus daripada keseluruhan jumlah aset pelaburan KWSP sebanyak RM681.71 bilion yang direkodkan setakat Mac lalu.

Simpanan Syariah itu dibuat berdasarkan konsep 'siapa cepat dia dapat'.-15/9/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 220  tetamu dalam talian